Skip to main content

Menteri mahu Piala Thomas


Ahmad Shabery Cheek berkesempatan meluangkan masa meninjau persiapan skuad badminton negara yang akan menyertai Kejohanan Seluruh England dan Piala Thomas menjalani latihan di Bukit Kiara, semalam. Turut kelihatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong.


KUALA LUMPUR – Skuad badminton negara tiada alasan untuk tidak memenangi Piala Thomas kali ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata, skuad kebangsaan memiliki pemain perseorangan serta beregu yang berada dalam ranking nombor satu dunia dan sewajarnya kemenangan itu tidak menjadi satu masalah besar.
‘‘Saya tahu ini satu pertarungan yang besar, tetapi, kita mesti menang Piala Thomas, sebab ia dibuat di tempat kita.


‘‘Saya percaya kali ini, kita boleh buat kerana kita juga ada pemain nombor satu dunia dan kita ada dua beregu yang saya rasa setanding (beregu handalan lain) walaupun prestasi mereka kadang kala turun naik,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu mengadakan lawatan ke latihan skuad badminton kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada tahun 1992 ketika menjadi tuan rumah.
Menurut Ahmad Shabery, skuad kebangsaan seharusnya bijak menggunakan peluang keemasan beraksi di gelanggang sendiri untuk membuat kejutan di hadapan penyokong tempatan.
Jelasnya, sejarah telah banyak membuktikan, kemampuan pasukan negara bagi melakar kejutan yang tidak diduga.


‘‘Kita ada banyak sejarah yang tidak disangka-sangka dan kita dapat menghasilkan keputusan memeranjatkan apabila ia berlangsung di tempat sendiri dan saya berasakan kita mempunyai segala kelebihan termasuk sokongan orang ramai,’’ ujarnya.

Beliau memberitahu, badminton adalah satu sukan yang berada di tahap tinggi dan tidak boleh dipandang ringan walau sedikit pun.

Tambahnya, selain Piala Thomas, Kejuaraan Dunia, Sukan Asia, Seluruh England dan Sukan Komanwel, badminton juga merupakan acara harapan negara untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik London 2012.
Jelasnya lagi, Kementerian Belia dan Sukan juga akan memastikan peruntukan RM16 juta bagi menjayakan Program Road To London 2012 akan turut mencakupi aspek pemakanan kesihatan atlet.

Sementara itu, mengulas i pergolakan yang berlaku antara jurulatih dan pihak pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ahmad Shabery berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak berhubung masalah tersebut.

‘‘Saya hendak dengar daripada semua pihak kalau ada perbalahan dan saya tidak boleh bergantung kepada laporan media untuk ukur tahap perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak berkenaan,’’ tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery mengalu-alukan saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mewajibkan setiap pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sukan kerana ia merupakan perkara paling asas dalam sistem pelajaran negara ini.

‘‘Sukan adalah perkara yang cukup penting dalam membina sahsiah kita, kementerian akan berunding dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan mengenai perkara ini.

‘‘Kita akan ada mesyuarat pada minggu depan dan sudah tentu banyak perkara yang perlu dlihat terutamanya dalam membentuk modal insan,’’ katanya.

Menurutnya, negara ini perlu mencontohi negara maju seperti Amerika Syarikat yang menjadikan sukan sebagai perkara wajib untuk menamatkan pengajian di peringkat universiti.

Oleh AIZAWATI AHMAD dan FERZALFIE FAUZI
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...