Skip to main content

Mun Yee ceria Pandelela pulih

WAJAH penerjun wanita negara, Leong Mun Yee jelas membayangkan betapa cerianya selepas mendapat tahu gandingannya, Pandelela Rinong semakin pulih daripada kecederaan belakang dialaminya.
Melalui pemeriksaan dijalankan di Institut Sukan Negara (ISN) semalam, mendapati penerjun kelahiran Sarawak itu boleh meneruskan saingan termasuk Siri Super di China bulan depan. “Memang itulah saya harapkan kerana selama ini, hanya dialah gandingan paling sesuai dengan saya.

Setakat ini, saya tidak pernah digandingkan dengan penerjun lain selain dia. “Kami bakal menjalani latihan seperti biasa walaupun jadual latihan antara kami tidak selari memandangkan saya terikat dengan pembelajaran,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM). Mun Yee/Pandelela digandingkan dalam acara 10m platform berirama mencipta kejutan ketika Grand Prix di Rome, Itali tahun lalu untuk mengutip gangsa dan kecemerlangan mereka terus berulang ketika Sukan Sea Laos, hujung tahun lalu dalam acara sama untuk meraih emas. Sebelum ini, Pandelela berganding bersama Cheong Jun Hong dalam acara sama di Korat, Thailand dua tahun lalu dan memenangi emas namun, gandingan itu 'dipisahkan' bagi memberi laluan kepada penerjun berpengalaman, Mun Yee beraksi dalam acara itu. Bagi Pandelela, berita itu memang dinanti-nantikan kerana dia sendiri risau sama ada dapat beraksi atau sebaliknya. “Pemeriksaan mendapati, kecederaan belakang saya semakin pulih.

Doktor yang membuat pemeriksaan menjelaskan semuanya OK. “Ini bermakna, penantian saya sudah berakhir.


Jika sebelum ini, memang ada kesakitan apatah lagi banyak kejohanan bakal disertai dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Metro

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...