Skip to main content

PKBM yakin kemampuan Azizul, Josiah

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) yakin kemampuan Azizulhasni Awang dan Josiah Ng untuk membawa balik sebarang pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Copenhagen, Denmark.

Naib Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, kedua-dua pelumba itu mampu menempatkan diri dalam kedudukan tiga terbaik pada kejohanan yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.
Katanya, berdasarkan pengesahan yang diterima PKBM daripada Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), skuad negara layak bertanding untuk enam acara, empat acara lelaki dan dua wanita.

Namun, beliau memberitahu, PKBM telah memutuskan untuk menghantar pelumba lelaki sahaja ke kejohanan tersebut dan Fatehah Mustapa diketepikan bagi perancangan lain.

Jelasnya, Fatehah mempunyai misi lain yang lebih penting pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) iaitu mencari mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012.

"PKBM pastinya ingin melihat Azizulhasni dan Josiah memenangi acara yang disertai. Namun begitu, sasaran persatuan hanyalah untuk melihat mereka berada dalam kelompok tiga pelumba terbaik di kejohanan ini.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan PKBM, kami melihat Fatehah mempunyai tugas yang lebih penting dan dia tidak akan menyertai kejohanan tersebut.


"PKBM akan hanya menyenaraikan Fatehah bagi kejohanan ACC yang akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) April depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, semalam.
Pasukan negara akan beraksi dalam acara pecut, pecut berpasukan, keirin dan ujian masa.
Menurut Naim, penyertaan Azizulhasni dan Josiah adalah berdasarkan kedudukan ranking dunia yang diputuskan pada 15 Februari lalu.

Selain itu, katanya, Malaysia juga memperoleh satu lagi pengesahan menerusi pelumba muda, Muhamad Adiq Husainie Othman.

Jelasnya, Adiq dipilih UCI sebagai pelumba simpanan.

"Adiq akan hanya beraksi di kejohanan ini jika ada pelumba yang menarik diri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan pasukan Malaysia, Naim berkata, persiapan telah dijalankan dengan baik oleh ketua jurulatih negara, John Beasley bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Tambahnya, juara Olimpik dari Britain, Chris Hoy bakal menyertai kejohanan yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...