Skip to main content

Proton terus setia dengan LTdL


AZHAR (kiri) menyerahkan Jersi Biru Proton kepada Mohamed pada majlis penyerahan penajaan kenderaan rasmi LTdL 2010 semalam.


PROTON Holdings Berhad terus setia bersama kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL).
Semalam syarikat automobil nasional itu menghulu sokongan besar terhadap penganjuran LTdL 2010 apabila tampil menjadi kende- raan rasmi perlumbaan yang akan memasuki edisi ke- 15 pada 1 hingga 7 Mac depan.
Bagi saingan tahun ini Proton Hol- dings Berhad akan menyediakan 180 unit kereta Proton pelbagai model untuk digunakan pegawai perlumbaan, pengurusan pasu- kan dan petugas sepanjang tujuh peringkat LTdL 2010.

Untuk menghangatkan lagi saingan kejohanan ini yang akan bermula di Kota Bharu Isnin depan, Proton menaja Jersi Biru untuk kategori Pelumba Terbaik Asia.

Selain itu, pengeluar kereta nasional tersebut turut menyumbang baju-T dan topi untuk digunakan pegawai perlumbaan selain booth pameran di lokasi permulaan dan penamat serta cenderamata yang akan diagihkan kepada penonton pada perarakan Calvacade.


Dengan deretan kereta Proton pelbagai model di sepanjang lokasi dan laluan yang akan ditempuh pada perlumbaan kali ini, tradisi penglibatan Proton dengan LTdL membuktikan kerjasama erat kedua- dua pihak untuk menjayakan LTdL sejak sekian lama hingga jelajah itu mencapai status tertinggi 2 HC ketika ini.
Ketua Pegawai Kewangan Proton Holding Sdn. Bhd., Azhar Othman menyerahkan penajaan tersebut di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LTDL 2010, Mohamed Salleh dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.

Dalam ucapannya, Azhar berkata, penajaan Proton untuk LTdL membuktikan syarikat pengeluar kereta nasional itu menyokong agenda sukan peringkat antarabangsa di negara ini.

Menurut beliau, ini kerana ia turut membolehkan Proton mendapat faedah menerusi pengiklanan secara langsung kepada masyarakat di sepanjang laluan yang digunakan pelumba dan masyarakat antarabangsa serta pelancong yang menyaksikan siaran tersebut di kaca televisyen.

"Situasi 'menang-menang' ini jugalah yang membuatkan Proton terus memilih LTdL sebagai antara keutamaannya setiap tahun.

"Proton amat berharap Jersi Biru tajaan kami bagi kategori Pelumba Terbaik Asia akan menambah cabaran dalam perlumbaan ini," kata Azhar.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...