Skip to main content

Rexy sedia bekerjasama

DIA sudah ada persetujuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), jadi bila-bila masa dia boleh datang berjumpa saya atau hadir ke pejabat persatuan,” kata ketua jurulatih beregu badminton kebangsaan, Rexy Mainaky yang tidak sabar-sabar menjalin kerjasama dengan bekas jurulatih Korea Selatan dan England, Tan Kim Her.


SERIUS...Rexy (kiri) memantau latihan beregu utama negara.
SERIUS...Rexy (kiri) memantau latihan beregu utama negara. 
 
Tan Kim Her semalam memberitahu dia menanti lampu hijau dari BAM dan Rexy sebelum memulakan kerjanya sebagai jurulatih baru Malaysia.

Malah Setiausaha Kehormat BAM, Ganga Rao, kelmarin, juga memberitahu belum secara rasmi menandatangani kontrak dengan jurulatih itu.

Rexy ketika dihubungi menegaskan bahawa bekas pemain negara yang pernah bergandingan dengan Yap Kim Hock itu boleh terus hadir bertemunya ataupun ke gelanggang latihan kerana dia tiada halangan untuk berkerja sama dengan jurulatih berpengalaman itu.

“Saya sedia bertemunya, malah dia mungkin boleh terus berkerja sama dengan kita dalam seminggu dua ini di gelanggang latihan untuk saling mengenali antara satu sama lain,” kata Rexy.

Namun Rexy memberitahu tiada sebarang perancangan memberi tanggungjawab tertentu kepada Kim Her selagi mesyuarat jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan tidak dilangsungkan.

“Saya tidak boleh membuat keputusan mahu beri tanggungjawab apa kepada dia (Kim Her) kerana jawatankuasa belum bermesyuarat selepas ia ditunda.

Apa yang penting saya rasa mesyuarat itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan segala perancangan dapat dibentuk lebih awal.”

Selepas mesyuarat jawatankuasa dibatalkan minggu lalu, tiada sebarang kepastian mengenai tarikh baru itu.

Namun mesyuarat itu dijangka tidak diadakan minggu ini kerana menurut sumber, pertemuan diadakan selepas mesyuarat Exco BAM yang diadakan pada Jumaat ini.

Justeru Rexy berharap, dia bersama jurulatih lain dapat bertemu Kim Her berbincang mengenai struktur latihan selain menjelaskan perancangan sedia ada.

“Saya memang rasakan kami perlu duduk semeja berbincang. Saya tidak tahu apa yang dia bincangkan dengan BAM sebelum ini. Yang pasti saya perlu jelaskan padanya apa yang telah kita lakukan, perancangan dan hasrat kita sebelum kita dengar bentuk perubahan yang dia mahukan,” jelas Rexy yang enggan pengalaman berharga yang ada pada Kim Her terbiar lebih lama.

Rexy dijangka bertemu Kim Her hari ini, sebelum bekas jurulatih England itu bertemu pengurusan BAM pada tarikh yang akan ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...