Skip to main content

Sasaran Kata: Berapa kerat dengar saranan TPM

Ada pegawai bayar RM5,000 kepada bekas majikan langsai hutang RM200,000

UNGKAPAN kurangkan politiking melampau dan pegawai gunakan persatuan sukan sebagai batu loncatan demi kepentingan peribadi bukan lagi asing buat peminat sukan tempatan.

Kali ini ungkapan itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila ia diluahkan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Sabtu lalu.

Tapi sejauh manakah pesanan itu akan sampai kepada pegawai-pegawai sebegitu yang tetap rakus memburu atau mahu terus kekal dengan jawatan sedia ada walaupun hakikatnya mereka sudah menjadi liabiliti kepada persatuan mereka.

Namun, insan-insan muka tebal dua inci atau jenis tidak tahu malu ini peduli apa kerana agenda mereka hanyalah sama ada mahu bergesel bahu atau mengaut harta menerusi kedudukan mereka.

Bagi mereka ini, pembangunan sukan bukan kerja mereka sebab ada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengadu setiap kali tersepit. Kalau gagal juga, mereka akan berduyun-duyun ke pejabat menteri dengan seribu satu macam dongeng. 



Penulis sudah jumpa banyak jenis pegawai sukan biarpun diakui masih ada yang benar-benar ikhlas mahu memajukan sukan negara. Cuma golongan ini sudah semakin berkurangan berbanding spesis lintah darat.

Tidak kurang juga pegawai sukan yang tidak ubah bagai melepas anjing tersepit, yang kemudian mahu menerkam mereka yang membantunya.

Mungkin cerita ini boleh dijadikan renungan. Alkisahnya ada seorang pegawai sukan yang kini sibuk mahu mencari duit, apa lagi ketika ini gaya hidupnya sudah semakin berubah.

Daripada pandangan kasar, memang hidupnya nampak sederhana malah sering juga dia dikatakan merungut kerja di persatuan yang kononnya atas dasar sederhana, tidak cukup menampung hidupnya.
Maklumlah persatuan sukannya hanya mampu menyediakan elaun kecil sedangkan dia memerlukan sekurang-kurangnya pendapatan lima angka untuk menyara kos hidup diri dan keluarga.

Ini belum termasuk membayar hutang kepada ‘bekas majikannya’ sebanyak RM5,000 sebulan daripada RM200,000 yang dipinjamnya ‘untuk melepaskan’ adiknya daripada cengkaman along.

Tapi sayang, bantuan daripada bekas majikannya dibalas dengan tuba. Sana sini dijajanya dengan cerita majikan songlap duit daripada satu projek yang pernah dilakukan bersama. Inilah jenis melepaskan anjing tersepit yang penulis katakan tadi.

Hakikatnya, dia sendiri menandatangani baucer penerimaan bayaran bagi satu pihak yang harus menerima pembayaran itu. Namun, pihak itu masih belum mendapatnya. Ke mana lesapnya wang itu?

Dalam pada dia memalit arang ke muka bekas majikannya, secara diam-diam dia membayar hutang itu secara bulanan tanpa ada sebarang rasa bersalah.

Ketika ini makin ramai yang mula memperkatakan mengenai cara hidup pegawai sukan ini biarpun terus ‘berlakon’ seolah-olah hidupnya tetap sederhana sambil memandu kereta buruk kononnya milik saudara, dengan elaun bulanan kecil yang diterimanya.

Apa tidaknya, sebarang perbincangan dengan penaja, hanya dia seorang mahu terbabit manakala pihak lain termasuk mereka yang menguruskan kewangan, diketepikan. Tujuannya faham-fahamlah sendiri.

Dia gunakan nama proksi sebagai ejen untuk mendapat komisyen 20 peratus kerana membawa masuk dana kepada persatuan. Penulis tak hairan kerana taktik menutup jejak dipelajari dari mentor yang sudah disingkirkan sebelum ini.

Inilah antara jenis pegawai sukan yang lebih mahu menggunakan persatuan untuk kepentingan sendiri sedangkan banyak tindak tanduk mereka lebih menjahanamkan sukan itu sendiri.

Mereka kian menjadi liabiliti kepada persatuan tapi ahli persatuan sama ada buta mata atau buta hati, hanya terus 'menghalalkan' perbuatan golongan ini.

Tidak sukar dijawab mengapa penyakit barah dalam persatuan gagal dilenyapkan sehingga duduklah pegawai sukan yang tiada visi terus menerajuinya. Akauntabiliti atau sikap bertanggungjawab tidak pernah wujud dalam diri mereka.

Biarpun terus menjadi liabiliti, mereka tanpa rasa malu tetap mahu bertaut pada persatuan biarpun sudah dianggap bak bangkai bernyawa.

Oleh Norbakti Alias

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...