Skip to main content

Sasaran menteri, BAM tak sama

Ahmad Shabery mahu Piala Thomas tapi persatuan kata separuh akhir saja

SASARAN juara sudah ditetapkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, tetapi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekadar berani menjanjikan skuad negara layak ke separuh akhir Piala Thomas di Kuala Lumpur, Mei ini.

Setiausaha Kehormat BAM, Ganga Rao menganggap pandangan Ahmad Shabery itu adalah tanggapan seorang menteri, tetapi hakikat sebenarnya hanya diketahui pemain dan jurulatih.

"Kita harus melihat secara realistik," kata Ganga pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa kejurulatihan di ibu pejabat BAM, semalam. "Sebagai menteri, sudah tentu beliau perlu meletakkan sasaran tertinggi buat skuad negara.

"Walaupun sasaran kami untuk Piala Thomas ialah layak ke separuh akhir manakala bagi Uber pula, ia bergantung kepada undian pemain, tidak bermakna pemain tidak akan berjuang lebih daripada itu.

"Jika layak ke separuh akhir, hanya tinggal dua pertarungan sebelum bergelar juara dan dari situ perjuangan sebenar akan bermula," katanya. 

Pada mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek dan ketua jurulatih beregu kebangsaan, Rexy Mainaky, BAM turut mengumumkan senarai pemain yang akan menyertai kem Bina Semangat Piala Thomas dan Uber pada 23 sehingga 24 April ini.

Senarai penuh pemain untuk kejohanan itu hanya akan diumumkan dua minggu sebelum tarikh kejohanan. Menurut Ganga, peluang bagi pemain veteran menyertai skuad kebangsaan masih ada jika mempamerkan prestasi cemerlang pada Seluruh England pada 9 sehingga 14 Mac ini.

"BAM juga akan melihat penyertaan ke kejohanan kecil lain bagi pendedahan kepada pemain muda," kata Ganga. "Jadi mereka boleh mencuba meraih kejuaraan tanpa perlu bersaing dengan pemain ranking lebih tinggi dari negara sendiri."

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...