Skip to main content

'Saya tiada masalah dengan Kim Her' - Rexy


Tan Kim Her (kanan) bergurau dengan Rexy Mainaky ketika bertemu di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ Ahmad Luqman Ismail.

KUALA LUMPUR - "Ibarat orang menuntut ilmu di luar negara, kini sudah tiba masanya saya pulang ke Malaysia mencurahkan segala pengalaman yang dipelajari''. Itu kata Tan Kim Her, yang bakal menjadi 'warga baru' Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi membimbing pasukan beregu negara. Bekas pemain beregu ternama negara itu yang berusia 39 tahun itu, bakal menjalankan tugas bersama ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky.
Kim Her berkata, setelah meninggalkan BAM pada 2004 - ketika membimbing skuad pelapis- dia bergelar jurulatih skuad kebangsaan Korea selama dua setengah tahun, sebelum bersama pasukan England pada Mei 2007.

Katanya, pengalaman di dua buah negara tersebut banyak mengajarnya untuk menjadi seorang jurulatih terbaik, selain turut membantunya meningkatkan ilmu kejurulatihan.

"Sebenarnya, hati saya sentiasa di Malaysia. Malah saya juga tidak sabar untuk menerima panggilan BAM bagi kembali melatih skuad negara.
"Jodoh saya bersama BAM masih ada dan akhirnya kini saya kembali ke Malaysia bagi mencurahkan ilmu yang dipelajari di Korea dan England.


"Saya berbangga diberi peluang untuk melatih skuad beregu negara dan berharap dapat mencipta kecemerlangan bersama skuad ini," katanya yang ditemui di Stadium Juara, di sini, semalam.
Kehadiran Kim Her disambut oleh Pengurus Besar BAM, Kenny Goh.

Skuad beregu negara ketika ini turut dilatih oleh dua pembantu jurulatih tempatan, Rosman Razak dan Pang Cheh Chang.

Mengulas lanjut mengenai tindakannya meninggalkan skuad negara pada 2004, Kim Her berkata, dia sebenarnya ingin merebut peluang terbaik menimba pengalaman di luar negara dan tawaran dari Korea seharusnya tidak boleh dilepaskan.
Jelasnya, ia merupakan peluang keemasan.

"Bukan senang untuk mendapat peluang seperti itu dan saya mahu menggunakannya sebaik mungkin. Seperti yang saya katakan, ia seumpama belajar di luar negara dan tiba masanya, saya mencurahkan ilmu tersebut kepada skuad negara.
"Saya sebenarnya banyak berkorban ketika berada di luar negara. Demi sukan badminton yang saya cintai, saya sanggup berjauhan dengan anak dan isteri, ketika membimbing skuad Korea.
"Ia merupakan pengorbanan yang harus dilakukan. Kini saya gembira dapat mencurahkan bakti kepada negara.

"Saya sudah bersedia memulakan tugas bersama Malaysia dan kini terpulang kepada BAM untuk meletakkan saya di posisi yang difikirkan baik," katanya.
Sementara itu, Rexy berkata, dia menyambut baik kehadiran Kim Her ke dalam skuad beregu negara dan yakin kebolehan bekas jurulatih Korea serta England itu untuk membimbing skuad negara.
Katanya, pengalaman Kim Her di dua buah negara, dilihat sebagai satu kelebihan untuk memantapkan skuad kebangsaan.

"Dia mempunyai pengalaman luas ketika berada di Korea dan England. Itu satu bonus kepada skuad beregu Malaysia kerana boleh menggunakan khidmatnya.

"Sehubungan itu, skuad ini sudah mempunyai kekuatan jurulatih yang cukup dan saya berharap ia jangan disalahguna.

"Mengenai hubungan saya dan Kim Her, kami mempunyai hubungan yang sangat baik dan boleh berkerjasama. Tidak ada sebarang permasalahan," katanya sambil mengusik Kim Her.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...