Skip to main content

Skuad negara ke separuh akhir


SKUAD futsal negara meraikan kejayaan mara ke separuh akhir selepas menewaskan Kemboja semalam.


MALAYSIA melangkah bergaya ke separuh akhir setelah membelasah Kemboja 13-1 pada aksi kedua Pusingan Kelayakan ASEAN Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Jakarta, Indonesia petang semalam.
Penyerang muda berusia 21 tahun dari Selangor, Qaiser He- shaam Abdul Kadir menyumbat empat gol, sementara Ruzaley Abd. Aziz pula meledak tiga gol.

Baki enam gol Malaysia dijaringkan Khairul Rizuan Harif Pagilah (2), Fairuz Mohd. Noor (2), Khairul Effendy Bahrin dan Fadzil Karnim.

Kemenangan kedua selepas menewaskan Filipina 4-1 kelmarin menjadikan aksi terakhir bertemu Vietnam petang ini sebagai penentuan untuk muncul juara Kumpulan B atau naib juara.


Pada aksi semalam, skuad negara menerima tekanan awal sepanjang separuh masa pertama apabila penyokong tempatan melakukan provokasi selain bersorak padu menyokong pasukan Kemboja.

Namun, mental pemain Malaysia tetap kuat apabila mereka berjaya mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi jaringan Qaiser seawal minit kedua dan ke-12 serta ledakan Ruzaley pada minit ke-9 dan ke-17.
Pada babak kedua, Malaysia terus garang untuk menambah sembilan lagi gol melalui Khairul Effendy (24), Khairul Rizuan (25 dan 26), Ruzaley (30), Qaiser (30 dan 31), Fairuz (35 dan 38) serta Fadzil (39).

Namun, gawang Malaysia yang dikawal Firdaus Razali bocor sekali pada minit ke-29 hasil jaringan penyerang lawan, Ouk Sereyratanak.

“Kita sudah mencapai sasaran awal mara ke separuh akhir tetapi kita masih mempunyai misi utama untuk muncul tiga pasu- kan terbaik, sekali gus layak ke pusingan akhir di Uzbekistan.

“Saya harap rakyat dan pela- jar Malaysia di sekitar Jakarta dapat hadir memberi sokongan menjelang aksi separuh akhir Selasa ini (esok),” kata pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika ditemui selepas perlawanan.

Jurulatih negara, Maizal Hairi Marzuki pula berkata: “Aksi bertemu Vietnam (hari ini) adalah ujian sebenar. Harap semua pemain kekalkan disiplin diri supaya kita dapat kekalkan rentak kemenangan.”

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...