Skip to main content

Suntik segera tonik baru



MSN, MOM sambut positif teguran Muhyiddin

DUA badan induk - Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyifatkan teguran Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin untuk memartabatkan semula kegemilangan sukan tanah air sebagai mesej menuntut perubahan yang 'sudah lama tertangguh'.

Kedua-dua badan itu berharap teguran membina oleh Timbalan Perdana Menteri dapat mencetus sinaran dalam merintis gemilang dan minta semua persatuan sukan kebangsaan lebih fokus melahirkan atlit bertaraf dunia sambil mengetepikan agenda peribadi dan politiking.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata: “Selalunya selepas Timbalan Perdana Menteri membangkitkan isu, sepatutnya akan ada perubahan dan saya amat berharap ‘sesuatu akan berlaku’ selepas ini.

Mengenai gesaan menjadikan sukan di sekolah lebih gemilang, Zolkples berkata: “Memang Kementerian Pelajaran adalah ‘rakan’ kami selama ini, tapi kami faham sukan bukan ‘perkara pokok’ mereka.”

Katanya, MSN akan mengadakan lebih banyak perbincangan dan meningkatkan keberkesanan jawatankuasa kerja bersama antara Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran dalam masa

Dan ketika mengulas isu ‘lapuk’ politiking persatuan, Zolkples, berkata sudah tiba masanya pihak yang diselar ‘membuka mata’ dan meletak titik noktah pada isu berkenaan.

“Kenyataan TPM sepatutnya dianggap sebagai satu arahan kepada persatuan sukan supaya mereka mengambil tindakan. Jika persatuan tiada masalah, saya tidak perlu membuang masa membincangkan kerenah mereka dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada sukan negara,” katanya.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, membayangkan badan induk itu melakukan perubahan paradigma dan menjadi lebih agresif dalam menangani kemelut persatuan selepas mereka kelihatan disisih oleh persatuan sukan kebangsaan sebelum ini.

“MOM akan melakukan sesuatu dalam masa terdekat. Selama ini walaupun menjadi badan induk persatuan sukan negara, MOM seolah-olah tiada kuasa. Meskipun banyak kes persatuan kini dirujuk kepada Pesuruhjaya Sukan, namun ada kalanya kemelut menjadi semakin parah,” katanya.
Sambil menyifatkan politiking dalam sukan bukan perkara baru, Kok Chi merasakan MOM perlu mengambil inisiatif serta bertindak lebih berani, antaranya mewajibkan persatuan merujuk kepada badan induk itu terlebih dulu sebelum sebarang isu dihadapkan kepada Pesuruhjaya Sukan.

Kelmarin, Muhyiddin minta rombakan dilakukan dalam sukan bermula di peringkat rendah dan menengah kerana aktiviti peringkat ini sudah terpinggir 20 tahun sambil menasihatkan pemimpin sukan kebangsaan kurangkan politiking dan membantu kemajuan sukan.

Oleh Hasnira Hassan dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...