Skip to main content

Transformasi skuad sepak takraw


Skuad sepak takraw negara memasuki fasa baru dalam latihan harian selepas mengadakan kerjasama erat dengan Majlis Sukan Negara.


KUALA LUMPUR - Skuad sepak takraw negara bakal melalui satu proses tranformasi dalam usaha memantapkan kembali pasukan tersebut yang mengalami kemerosotan prestasi di pentas antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, perubahan yang dilakukan itu ialah melibatkan aspek fizikal, mental dan spiritual yang kali ini lebih diberi penekanan selain menyerahkan kepercayaan penuh kepada jurulatih untuk membentuk skuad yang mantap.

''Selain aspek fizikal, mental dan spiritual, kita juga mengambil kira program sains sukan yang perlu dijalani para pemain.

''Harap ia akan membawa satu perubahan yang baru kepada sukan sepak takraw kerana dulu kita tidak campur sangat dengan sesi latihan skuad negara dan sekarang ini Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) lebih terbuka serta bersedia untuk menjalinkan kerjasama lebih erat dengan MSN,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.


Skuad sepak takraw menerima tamparan hebat apabila kerap dikritik ekoran prestasi buruk yang dipamerkan dan episod duka itu berterusan setelah Malaysia tidak lagi digeruni lawan di pentas antarabangsa.
Demi sebutir pingat emas Sukan Asia Guangzhou, November ini yang sekali gus menjadi penebus maruah kekecewaan Sukan SEA XXV Laos, Disember lalu, satu rombakan jurulatih dan pemain telah dilakukan bagi memantapkan kembali skuad kebangsaan yang kian tercalar maruah mereka.

Menurut Zolkples, beliau yakin terhadap usaha yang sedang dilakukan oleh MSN kerana sebelum ini, institusi itu telah berjaya membuktikan kemampuan untuk membangunkan sukan berprestasi tinggi di negara ini.
Jelasnya, skuad sepak takraw akan melalui proses yang sama seperti mana yang dijalani oleh sukan-sukan lain.

''Para pemain akan menjalani latihan dan pendedahan seperti biasa selain menyertai pelbagai pertandingan kompetitif bagi meningkatkan kualiti permainan mereka,'' ujarnya.
Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya turut melantik seorang penyelaras pasukan yang akan melakukan kerja-kerja menyelaras untuk skuad negara.
''Penyelaras ini kita bayar gaji penuh dan dia ditugaskan bagi memastikan skuad takraw negara diselaras dengan lebih teratur.

''Namun begitu, perlu diingat tugas penyelaras ini berbeza dengan pengurus pasukan, jangan keliru pula,'' tambahnya.

Mengulas mengenai peranan jurulatih, Zolkples berkata, memberi sepenuh kepercayaan kepada jurulatih untuk menjalankan tugasnya amat penting kerana dia yang bertanggungjawab bagi membentuk pasukan yang baik serta mantap.

Menurut beliau, MSN turut memberi kebebasan kepada jurulatih skuad kebangsaan untuk mencari ramuan terbaik tanpa ada campur tangan daripada mana-mana pihak pun.

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...