Skip to main content

'Wajib menang Piala Thomas'


AHMAD Shabery (dua dari kiri) menikmati makan tengah hari bersama pemain Piala Thomas di Stadium Juara, semalam.
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meningkatkan pertaruhan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan menuntut bahawa skuad lelaki wajib memenangi kejohanan Piala Thomas yang akan dianjurkan Kuala Lumpur, Mei ini.

Dengan kekalahan bukan satu pilihan mahu pun satu alasan, tuntutan Ahmad Shabery itu kini harus disahut BAM yang sebelum ini tidak menyatakan sasarannya tetapi lebih cenderung menghukum jurulatih bagi sebagai kegagalan skuad badminton di Piala Thomas nanti.

“Ya, kita mesti menang Piala Thomas kali ini,” kata Ahmad Shabery dalam lawatan ke kem latihan skuad badminton kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam. Turut sama, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong.


Menurut Shabery, dengan beraksi di gelanggang sendiri serta sokongan penonton tempat, pasti ia akan memberi kelebihan kepada skuad lelaki mencapai sasaran meraih gelaran Piala Thomas dan seharusnya tiada sebarang sebab untuk berdepan dengan kegagalan.

“Kita tahu ini (Piala Thomas) satu pertarungan yang besar tetapi kita mesti menang. Ia dilangsungkan di tempat kita sendiri dan kita mempunyai sejarah dalam kejohanan ini di mana kita pernah menghasilkan kejayaan yang memeranjatkan apabila diadakan di tempat kita.

“Saya rasa kali ini kita juga boleh melakukannya... kita mempunyai pemain. Kita ada dua beregu yang saya rasa setanding walaupun prestasi mereka turun naik tetapi kalau bermain di tempat sendiri kita ada kelebihan dengan sokongan penonton. 

“Jika gagal macam mana kita hendak memberi keyakinan kita mampu menang emas di London (Sukan Olimpik 2012). Badminton harus berjaya menerbitkan pencapaian cemerlang setiap masa sebelum London, kemudian baru kita boleh katakan kita sekurang-kurangnya 90 peratus pasti akan memenangi emas di Olimpik kelak."

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...