Skip to main content

'Wanita emas' jadi tumpuan


PEMAIN dan pegawai skuad badminton Malaysia ketika melakar sejarah pada Sukan Sea di Laos.
SECARA kasar, ia hanya sekadar sebutir lagi pingat emas buat negara di Sukan Sea, tetapi bagi skuad badminton wanita negara, kemenangan acara berpasukan di Laos, tahun lalu adalah penamat kemarau 34 tahun.

Skuad dibarisi Wong Mew Choo, Wong Pei Tty, Chin Eei Hui, Lydia Cheah, Tee Jing Yi, Sannatasah Saniru, Ng Hui Lin, Woon Khe Wei, Goh Liu Ying dan Chong Sook Chin menundukkan kuasa besar rantau ini, Indonesia 3-1 pada final untuk emas pertama berpasukan wanita sejak 1975.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka berada sebaris dengan calon-calon lain Anugerah SAM-100 Plus 2009 � Azizulhasni Awang (berbasikal), Lee Chong Wei (badminton), Nicol David (skuasy), Daniel Bego (renang) and Pandelela Rinong-Leong Mun Yee (terjun).

"Kami tidak diletakkan harapan memenangi emas berpasukan wanita," kata pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo. "Tetapi kami bekerja keras memenangi emas itu dan ia satu pencapaian besar buat skuad badminton wanita negara.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan kami ketika itu selepas menamatkan kemarau 34 tahun negara. Bagi kami, ia pencetus harapan baru buat negara dalam acara ini."

Mew Choo berpendapat sudah sampai masa badminton wanita negara merakam sejarah tersendiri di rantau ini dan juga dunia. "Jika menang Anugerah SAM-100 Plus kali ini, ia melengkapkan kejayaan bagi skuad badminton wanita negara," kata Mew Choo.
Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan kerjasama 100Plus serta sokongan Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Anugerah SAM-100 Plus 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Sabtu ini.

BHarian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...