Skip to main content

5 pelumba Terengganu jadi pilihan

KUALA LUMPUR - Lima pelumba kelahiran Terengganu kini hampir pasti menghiasi senarai akhir skuad lebuh raya Malaysia yang bakal bertanding pada Kejohanan Lumba Basikal Asia 2010 (ACC 2010) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.

Setelah bergelar raja pecut di Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL 2010), nama Anuar Manan tidak boleh diketepikan begitu saja kerana laluan landai di Dubai nanti pasti membuka ruang besar untuk pelumba kelahiran Kuala Ibai itu untuk melakukan kejutan terbesar di ACC 2010.

Pengesahan tiket tersebut bermakna Anuar yang kini menabur jasa bersama pasukan Korea Selatan, Team Geumsan Ginseng Asia berpeluang menebus dua kehampaannya di Nara, Osaka, Jepun (2008) dan Banjarmasin, Indonesia (2009).

Anuar gagal sama sekali untuk menyerlah di Nara dan Banjirmasin gara-gara laluan bergunung-ganang.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Abd Wahab menegaskan, pelumba Herbalife Marco Polo Cycling Team, Ahmad Haidar Anuawar dan tonggak meningkat naik dari Drapac Porsche, Muhammad Adiq Hussaine Muhammad Othman juga hampir pasti berada dalam senarai akhir.

"Anuar telah membuktikan kewibawaannya sebagai salah seorang pemecut yang perlu digeruni di Asia apabila dia menyarung jersi hijau selaku raja pecut di Kejohanan Le Tour de Langkawi 2010.

''Itulah adalah pencapaian yang sangat luar biasa dan kejayaan ini sangat bermakna kepada semua rakyat Malaysia selepas 15 tahun menganjurkan kejohanan tersebut.

"Ahmad Haidar juga telah menunjukkan satu persembahan yang bagus dan saya berpendapat kehadirannya di Dubai nanti boleh membantu Anuar dan rakan sepasukan yang lain. Begitu juga dengan Muhammad Adiq Hussaine.

"Dia berjaya menjadi pelumba terbaik Malaysia dalam senarai klasifikasi keseluruhan biarpun baru kali pertama berkayuh di Le Tour de Langkawi 2010. Dia juga baru berusia 19 tahun. Jadi wajarlah nama mereka disenaraikan dalam pasukan lebuh raya Malaysia ke ACC 2010 di Dubai nanti," katanya selepas menyambut pasukan Malaysia yang baru pulang dari kejohanan Tour de Taiwan 2010 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.



Turut menyambut kepulangan pelumba negara ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2010, Mohamed Salleh dan Bendahari MNCF, Amrun Misnoh.

Pada kejohanan Tour de Taiwan, Muhammad Nur Rizuan Zainal melakukan kejutan apabila muncul pemenang perlumbaan peringkat ke-7 dan menyarung jersi polka-dot pada perlumbaan peringkat ke-2.

Abu Samah menegaskan, Muhammad Nur Rizuan juga bakal disenaraikan dalam senarai akhir manakala dua slot terakhir menjadi persaingan lima pelumba lagi iaitu Zamri Salleh, Wan Najmee Wan Mohamed, Ahmad Fallanie Ali, Shahrul Mat Amin dan Suhardi Hassan.

Berdasarkan prestasi semasa daripada dua kejohanan terkini iaitu LTdL 2010 dan Tour de Taiwan 2010, nama Zamri dan Wan Najmee kini mula bergema untuk melengkapkan senarai penuh enam pelumba yang bakal menyemarakkan perjuangan Malaysia di Dubai nanti.

Sementara itu, Muhammad mendedahkan betapa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sangat prihatin dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pelumba Malaysia.

"KBS akan meminta Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia menyediakan program berlatih di luar Negara. KBS bersedia membantu perkembangan pelumba Malaysia," katanya. Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...