Diumumkan pada tarikh akhir pendaftaran
KURANG dua bulan sebelum aksi Piala Thomas bermula, pencarian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk barisan pemain yang akan menggalas harapan negara berterusan dengan Kejohanan Asia (ABC), 12 April ini di New Delhi, menjadi medan pemilihan terakhir.
Dengan Lee Chong Wei sudah pasti menjadi perseorangan pertama manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula beregu utama, pencarian untuk tiga slot perseorangan dan dua beregu akan ditentukan sebaik selepas kejohanan di New Delhi itu.
Hafiz Hashim, Kuan Beng Hong, Tan Chun Seang, Chong Wei Feng, Chan Kwong Beng dan Lok Chong Chieh diberi peluang terakhir untuk meyakinkan barisan jurulatih bahawa mereka layak untuk disenaraikan dalam skuad Piala Thomas.
Beregu pula akan menampilkan Fairuzizuan-Zakry, Ong Soon Hock-Hoon Thien How dan gandingan muda Mark Hee Chun-Tan Wei Kieong, yang tampak menjadi pilihan untuk mengisi slot pasangan ketiga negara di Piala Thomas.
“Kemungkinan besar saya akan turut ke New Delhi bagi membolehkan saya melakukan penilaian lebih baik mengenai prestasi pemain,” kata ketua jurulatih, Rashid Sidek, semalam. “Saya mahu menilai keupayaan mereka dalam menghadapi saingan.
“Apa yang saya cari dalam diri pemain ialah semangat dan kekentalan fizikal mereka. Saya mahu melihat sejauh mana mereka mampu bertahan terutama sekali apabila berdepan dengan pemain handal.
Rashid, berkata skuad Piala Thomas akan hanya diumumkan pada tarikh akhir pendaftaran pemain supaya tidak memberi peluang kepada lawan mengetahui lebih awal wakil negara.
BHarian

Comments
Post a Comment