Skip to main content

Aksi di China ganti Trofi Cabaran Asia

KUALA LUMPUR - Ekoran pembatalan pertandingan Trofi Cabaran Asia yang sepatutnya berlangsung di Ipoh, bulan depan, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) terpaksa mencari alternatif lain bagi memantapkan persediaan skuad negara.

Timbalan Presiden PHM, Nur Azmi Ahmad berkata, perlawanan kompetitif antarabangsa sedang diusahakan, bagi memastikan prestasi pemain dikekalkan.

"PHM ada menerima tawaran dari China untuk beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan di negara Tembok Besar itu.

"Namun, ia belum diputuskan dan akan dibincangkan pada mesyuarat Exco PHM 3 April ini," katanya ketika dihubungi, semalam.


Trofi Cabaran Asia terpaksa dibatalkan di atas permintaan Pakistan dan Korea Selatan, yang tidak dapat menyertainya, kerana masalah teknikal.

Sehubungan penarikan diri dua negara itu, PHM mengambil keputusan untuk membatalkan kejohanan tersebut.

Nur Azmi berkata, perancangan mempersiap dan memantapkan pasukan hoki negara akan diputuskan pada mesyuarat Exco tersebut.

Katanya, PHM akan menerima cadangan dari dua jurulatih negara, Tai Beng Hai dan Stephen Van Huizen mengenai perancangan baru yang akan dilaksanakan bulan depan.

Sehubungan itu katanya, cadangan yang diterima dari jurulatih tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat Exco, selain PHM juga akan memikirkan perancangan lain buat skuad kebangsaan.

Menurutnya, kejohanan paling hampir yang bakal ditempuhi skuad hoki negara adalah Piala Sultan Azlan Shah, Mei ini.
Dalam pada itu, Nur Azmi berkata, Piala Razak yang berlangsung hari ini sehingga 4 April depan, akan membantu pemain negara dalam mengekalkan mutu permainan terbaik.

"Semua pemain skuad negara akan beraksi dengan pasukan negeri masing-masing bagi menghadapi persaingan Piala Razak di Kuantan, Pahang.

"Saya berharap kejohanan ini akan menjadi cabaran kepada pemain negara untuk meningkatkan mutu permainan dan mengekalkan prestasi semasa," katanya.

Oleh Hisyamuddin Ayub
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...