Skip to main content

Azizulhasni sandaran Malaysia


AZIZULHASNI akan menyertai tiga acara pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Dubai, bulan depan.


JAGUH negara, Mohd. Azizulhasni Awang menjadi sandaran untuk meraih tiga emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 10 April depan.

Azizulhasni yang berjaya meraih pingat perak dalam acara pada Kejohanan Trek Dunia di Copenhagen, Denmark minggu lepas, akan menyertai tiga acara di UAE nanti.

"Selain mempertahankan dua emas yang dimenanginya dalam acara pecut 200 meter dan pecut berpasukan, Azizulhasni juga diharapkan akan menjuarai acara keirin di UAE," kata Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab semalam.

Bagaimanapun, Abu Samah berkata, sekiranya sasaran tiga emas itu tidak tercapai, PKBM tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.

"Ini kerana, ACC pada tahun ini lebih dianggap sebagai persediaan untuk menghadapi dua temasya lebih besar pada tahun ini iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia yang akan berlangsung hujung tahun ini.

"Ia juga merupakan peluang terbaik untuk menguji kekuatan lawan terutamanya pelumba-pelumba dari China yang dilihat banyak mempamerkan peningkatan sejak kebelakangan ini," katanya.


Selain Azizulhasni, cabaran skuad trek kebangsaan turut akan digalas oleh enam lagi pelumba iaitu Mohd. Rizal Tisin, Mohd. Edrus Yunus, Mohd. Hafiz Suffian, Mohd. Hariff Salleh, Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Akmal Amrun.

"Kita juga mengharapkan Rizal akan dapat kembali kepada prestasi asal setelah berehat panjang akibat kemalangan jalan raya sebelum ini.

"Rizal bakal mempertahankan emas dalam acara pecut berpasukan bersama-sama Azizulhasni dan Hafiz selain beraksi dalam acara satu kilometer ujian masa," katanya.

Sementara itu, cabaran skuad lebuh raya pula diketuai oleh Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010, Anuar Manan bersama-sama Ahmad Haidar Anuawar, Adiq Husainie Othman, Mohd. Zamri Salleh, Mohd. Nur Ridzuan Zainal, Ahmad Fallanie Ali dan Ng Yong Li.

PKBM turut menghantar empat pelumba wanita iaitu Fatehah Mustapha, Norazian Alias, Nurul Akhmar Badeuzzaman dan Marina Mohamad.

Pada ACC 2009 yang berlangsung di Kalimantan, Indonesia, Malaysia memenangi dua pingat emas, dua pingat perak serta dua pingat gangsa.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...