Skip to main content

Faizal mahu tawan Indonesia


IMBAS KEMBALI... Faizal (kiri) beraksi ketika menentang pesilat Singapura, Muhd. Imran Rahman pada Kejohanan Silat Dunia 2007 di Kuantan, Pahang.


SELEPAS berjaya meraih emas pada Sukan SEA di Laos Disember tahun lalu, pesilat kebangsaan, Faizal Abdullah kini memburu emas dalam Kejohanan Silat Dunia di Indonesia, Julai depan.

"Saya harap dengan bimbingan jurulatih, Nasri Nasir, saya dapat mencapai sasaran untuk membawa pulang pingat emas nanti," kata Faizal semalam.

Sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan itu, Faizal kini menjalani latihan intensif lima kali seminggu di Gimnasium Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil bersama pesilat lain.

Faizal berkata, dia juga akan menyertai Kejohanan Terbuka Belgium pada Mei depan yang akan dijadikan kayu pengukur kepadanya bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Indonesia.

Mengenai cabaran di Indonesia nanti, Faizal berkata, pesilat Vietnam dijangka memberi tentangan sengit.
"Secara peribadi saya menganggap pesilat Vietnam bijak mengatur strategi dan meraih mata ketika perlawanan," katanya yang akan bertanding dalam Kelas H bawah 85 kilogram.

Faizal yang telah berkhidmat selama lapan tahun sebagai anggota tentera, mula mewakili negara sejak 2007 pada temasya Sukan SEA di Korat, Thailand dan Kejohanan Silat Dunia di Pahang.

Namun pada kedua-dua kejohanan tersebut, dia sekadar meraih pingat gangsa.

"Harapan saya bagi arena sukan silat ini adalah untuk mengharumkan lagi nama negara dan kalau boleh mahu terus bergiat dalam sukan silat," kata pesilat kelahiran Pontian, Johor ini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...