Skip to main content

Hoy bikin Azizulhasni kempunan


AZIZULHASNI (kanan) bersaing dengan Hoy dalam acara pecut Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Copenhagen.


JAGUH negara, Mohd. Azizulhasni Awang gagal mempertahankan pingat perak yang dimenanginya tahun lalu selepas tersingkir pada pusingan ketiga (repechage) acara pecut Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia 2010 di Copenhagen, Denmark semalam.


Pada pusingan ketiga (repechage) itu, Azizulhasni, 22, sekali lagi tewas di tangan pelumba Britain yang juga pencabar utamanya, Chris Hoy.

Selain Azizulhasni dan Hoy, turut bersaing pada pusingan ketiga (repe- chage) ialah pelumba Jerman, Carsten Bergemann.

Kegagalan tersebut turut menyebabkan Azizulhasni gagal melunaskan dendam ke atas Hoy yang berjaya me- newaskannya dalam final acara Keirin kelmarin.

"Saya akui saya kecewa kerana gagal layak ke peringkat suku akhir hari ini (semalam).

"Perlumbaan tersebut sememangnya sukar kerana saya sentiasa diawasi Hoy sehingga ke pusingan terakhir.
"Walaupun tewas, saya tetap berpuas hati dengan prestasi saya memandangkan saya memulakan perlumbaan di kelompok bawahan dan seterusnya layak ke pusingan ketiga," jelas Azizulhasni yang dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Terdahulu, Azizulhasni menduduki tempat ke-20 pada pusingan kelayakan seterusnya membolehkan jaguh negara itu beraksi pada pusingan pertama.

Pada pusingan pertama, Azizulhasni berjaya menyingkirkan pelumba Perancis, Michael D'Almeida.

Bagaimanapun, Azizulhasni gagal meneruskan kayuhan bertenaga apabila tewas kepada pelumba Britain, Jason Kenny sekali gus menyebabkan dia terpaksa bersaing pada pusingan ketiga (repechage).

Kekalahan Azizulhasni dalam acara pecut itu turut memusnahkan impian seluruh rakyat Malaysia yang berhajat melihat pelumba kelahiran Terengganu ini meraih pingat emas.


AZIZULHASNI (tengah) diasak oleh Hoy (kiri) dan Bergemann pada acara pecut Kejohanan Trek Dunia di Copenhagen, Denmark semalam.


"Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya selama ini.

"Mungkin saya tewas pada perlum- baan kali ini tetapi saya yakin saya akan dapat menebus kembali kehampaan tersebut pada siri perlumbaan akan datang.

"Nasib tidak menyebelahi saya pada kali ini masih ada masa lagi bagi saya serta rakan-rakan yang lain untuk memperbaiki segala kelemahan," tambah Azizulhasni.

Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohammad yang mengi- ringi Azizulhasni di Denmark tetap berpuas hati dengan prestasi yang di- pamerkan pelumba muda tersebut.
"Kita masih boleh berpuas hati dengan kejayaan Azizulhasni yang telah meraih pingat perak dalam acara Kei- rin.

"Kegagalan ini mungkin boleh dijadikan motivasi bukan sahaja buat Azizulhasni tetapi pelumba-pelumba lain agar mempamerkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.

"Sudah pasti kita akan mengkaji segala kelemahan yang dapat dilihat pada perlumbaan di sini (Denmark) dalam usaha kita memburu pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik London 2012 kelak," katanya.

Oleh HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...