Skip to main content

Karim: KOAM tidak ada kuasa


KERATAN Kosmo! 25 Mac 2010.





KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam penganjuran Kejohanan Olahraga Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK).

Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya hanya boleh berharap agar MAKSAK mewujudkan semula kejohanan tersebut yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan negara.

"Saya harap, pihak terbabit memandang serius perkara ini dan mengambil inisiatif untuk menyenaraikan semula kejohanan tersebut dalam kalendar tahunan mereka.

"Bagi pihak KOAM, kami tidak boleh campur tangan kerana ia adalah di bawah bidang kuasa MAKSAK," kata Karim kepada Kosmo! semalam.


Menurut Karim, Kejohanan Olahraga MAKSAK perlu diadakan semula kerana ia mampu untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan kakitangan kerajaan.

Katanya, kejohanan itu dianggap telah mencapai kemuncaknya pada tahun 1980-an kerana ia berjaya melahirkan ramai atlet berbakat untuk menggalas cabaran negara di pentas antarabangsa.

"Saya harap, selepas pendedahan ini, pihak MAKSAK akan menghubungi KOAM untuk menjalin kerjasama dalam menganjurkan semula kejohanan berprestij ini."

Khamis lalu, Kosmo! mendedahkan kekecewaan jurulatih maraton negara, P. Sidamparam selepas Kejohanan Olahraga MAKSAK dipinggirkan sejak kali terakhir diadakan pada 2003.

Menurut Sidamparam, beliau tetap dengan pendiriannya untuk melihat kejohanan tersebut kembali dianjurkan.
Katanya, kejohanan tersebut dianggap temasya terbesar kerana ia menghimpunkan 14 negeri selain penyertaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Penjara.

"Saya difahamkan, ramai bakat muda yang berada dalam sektor kerajaan memerlukan satu kejohanan khas yang boleh membuka peluang mereka untuk membuktikan kemampuan masing-masing.

"Jadi, saya harap kejohanan ini akan diadakan semula," jelasnya.

Mengimbas kembali penubuhan MAKSAK, ia bermula ekoran daripada minat sebahagian besar anggota kerajaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi sehingga menggerakkan pihak kerajaan untuk menubuhkan Majlis Sukan Kakitangan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1956.

Kejohanan Olahraga pertama anjuran Majlis itu telah diadakan pada 4 dan 5 Oktober 1957 sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Tidak lama kemudian, Majlis tersebut telah ditukar nama kepada Majlis Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Namun, mulai 1963, Majlis itu dengan rasminya dikenali dengan nama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia.

Ia memainkan peranan aktif untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat persaudaraan di kalangan anggota-anggota kerajaan melalui aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan kebajikan.

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.ym

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...