Skip to main content

'Kegagalan bukan satu kebimbangan'


AZIZULHASNI tersingkir pada peringkat ketiga (repechage) dalam acara pecut individu diCopanhagen, Denmark kelmarin.


"MEMPERTAHANKAN kejuaraan adalah lebih sukar daripada mengecapinya."

Demikian komen Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab ketika mengulas mengenai prestasi jaguh negara, Mohd. Azizulhasni Awang pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia di Copanhagen, Denmark yang berakhir semalam.

Azizulhasni, 22, turun pada penyertaan keduanya di Kejohanan Dunia dengan misi memburu dua emas dalam acara kegemarannya iaitu Keirin dan 200 meter pecut.

Setelah menghadiahkan pingat perak dalam acara Keirin Jumaat lepas, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini gagal mengekalkan kayuhan cemerlangnya apabila tersingkir di peringkat ketiga (repechage) acara pecut kelmarin.

Kekalahan itu menyaksikan pelumba yang digelar The Pocketrocketman ini gagal beraksi pada final acara pecut semalam, sekali gus meleburkan hasratnya untuk sekurang-kurangnya mempertahankan pingat perak yang dimenangi di Pruszkow, Poland pada edisi tahun lepas.


"Semua orang terutamanya rakyat Malaysia mahu melihat dia (Azizulhasni) memenangi pingat emas dalam acara pecut tetapi apakan daya, dia mungkin berasa tertekan," kata Abu Samah kepada Kosmo! semalam.
"Selain daripada jaguh Britain, Chris Hoy dan juara bertahan, Gregory Bauge, saya jamin semua pencabar lain juga akan memberi tumpuan kepadanya.

"Namun, nasib jelas tidak memihak kepada Azizulhasni kali ini. Saya bersimpati terhadapnya tetapi saya mahu memberitahu bahawa cabaran untuk mengekalkan kejuaraan adalah jauh lebih sukar daripada cabaran untuk memenangi sesuatu kejuaraan itu," katanya lagi.

Begitupun, Abu Samah tetap berbangga dengan kejayaan jaguh pecut negara ini yang menghadiahkan kilauan perak dalam acara Keirin meskipun tewas kepada Hoy yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008.

"Situasi ini bukan sesuatu yang membimbangkan kerana seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa prestasi Azizulhasni bukan pada tahap terbaik," kata Abu Samah.

"Saya harap dia mampu meningkatkan prestasinya dalam masa beberapa bulan ini sebelum turun dalam misi utama iaitu memenangi emas pada Sukan Asia di Guangzhou, China, November depan."

Sementara itu, Abu Samah turut sedar tentang kebangkitan barisan pelumba China terutamanya dalam acara pecut.

"Saya rasa kita kena lebih berhati-hati dengan cabaran daripada pelumba China kerana mereka juga menunjukkan peningkatan.

"Pelumbanya, Lei Zhang hampir-hampir mengejutkan juara bertahan, Bauge pada pusingan kedua, jadi ini mungkin petanda bahawa China usah dipandang mudah pada Sukan Asia 2010 nanti," akui Abu Samah.

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...