Skip to main content

Ketandusan jaguh reben biru, apa kata KOAM

UTUSAN: Apa perkembangan terbaru KOAM?

KARIM: Kita akan menjadi tuan rumah kejohanan Olahraga SEA Remaja, pada 26 hingga 27 Mei ini. Kejohanan ini adalah yang kelima, melibatkan penyertaan atlet bawah 19. KOAM dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) akan menggunakan kejohanan ini bagi mencungkil potensi atlet remaja, yang mungkin boleh diketengahkan di peringkat antarabangsa.

Kita telah pun memaklumkan kepada bahagian atlet pelapis, sekolah dan juga kelab yang berminat untuk menghantar atlet-atlet mereka, boleh berbuat demikian sebelum tarikh tutup penyertaan pada 18 Mei ini.
Kita juga tidak meletakkan had kelayakan kepada para peserta di mana pemilihan atlet yang akan bertanding bagi mewakili negara ke kejohanan itu akan dinilai berdasarkan kedudukan ranking mereka. Sebagai tuan rumah, kita boleh menghantar tiga wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan manakala negara-negara lain hanya dibenarkan menghantar dua peserta.

Selepas itu, ke mana bakat-bakat baru ini akan didedahkan?

KARIM: Mereka akan menyertai Sukan Olimpik Remaja di Singapura, Ogos ini. Kalau boleh kita hendak anjurkan lebih banyak pertandingan sebelum menjelang Sukan Olimpik Remaja dan kejohanan SEA Remaja merupakan salah satu daripada program yang berada dalam kalendar KOAM. Pada Julai ini, Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Vietnam akan diadakan dan pertandingan itu juga sebahagian daripada persiapan KOAM untuk memberi pendedahan kepada atlet muda negara.
Sejak kebelakangan ini, sukan olahraga agak suram daripada kilauan pingat emas khususnya pada Temasya

Sukan SEA. Apakah usaha pencarian bakat baru oleh KOAM ini sebagai satu langkah jangka panjang untuk memulihkan kembali maruah sukan olahraga tanah air?

KARIM: Sebenarnya kita telah lama menyusun perancangan untuk melahirkan lebih ramai atlet berbakat yang mampu bersaing di pentas antarabangsa. Malah, saya akui kita telah kehilangan potensi pingat emas daripada beberapa acara yang selama ini didominasi oleh Malaysia. Sebagai contoh acara lompat jauh dan lompat kijang yang diungguli oleh Zaki Sadri manakala 100 meter juga kita masih gagal mencari pengganti Nazmizan Mohamad. Begitu juga dengan acara 5,000 dan 10,000 meter.

Kita tidak rela kehilangan pingat lagi dan justeru itu, KOAM dengan kerjasama MSN telah berusaha menyusun perancangan bagi mengembalikan kegemilangan sukan olahraga seperti yang pernah kita kecapi sebelum ini.

Kita juga menyedari negara jiran, Thailand semakin hebat mengukuhkan cengkaman mereka, sebab itu, KOAM meletakkan sasaran Sukan SEA di Indonesia menjadi medan untuk kita kembalikan kehebatan masa lalu.

Bagaimana pula dengan barisan jurulatih kebangsaan, adakah mereka benar-benar bersedia dan berkeupayaan?

KARIM: Mengenai jurulatih, KOAM sentiasa mengingatkan mereka tentang sasaran yang perlu mereka capai. Mereka ini dibayar gaji untuk melaksanakan tanggungjawab dan pihak kesatuan pula mengharapkan 'check and balance' daripada jurulatih-jurulatih ini.

Kalau jurulatih tidak melakukan kerja dengan baik sudah tentu akan ada orang yang memberikan teguran. KOAM sentiasa bagi peluang kepada jurulatih untuk membuktikan kemampuan mereka.

Bagi saya jurulatih ibarat bapa atau ibu kepada atlet. Hubungan komunikasi dua hala amat penting antara jurulatih dan atlet.

Sekalipun gagal memenangi pingat tetapi sekurang-kurangnya sebagai jurulatih, mereka perlu memastikan atlet kendalian mereka berada pada prestasi terbaik. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah jaguh 100 meter dari Amerika Syarikat, Tysen Gay yang tewas kepada pemegang rekod dunia, Usain Bolt.

Walaupun Gay tewas kepada Bolt tetapi jurulatihnya sentiasa memastikan anak buahnya itu berada pada prestasi terbaik. Ini dibuktikan apabila Gay berjaya mengekalkan kehebatannya sebagai pelari terpantas untuk negaranya.

Masih mengenai jurulatih, tetapi kali ini mengenai ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Hanafiah Nasir yang dikatakan tidak lagi bersama skuad olahraga kebangsaan? Siapa yang mengendalikan atlet kita buat masa ini?
KARIM: Mengenai Hanafiah sebenarnya dia masih bersama KOAM. Cuma bidang tugasnya kini agak berbeza di mana Hanafiah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program pendidikan KOAM.
Antara bidang tugasnya ialah mengendalikan kursus-kursus bersangkut paut dengan kejurulatihan memandangkan dia memiliki kelayakan dalam bidang tersebut. Ketua jurulatih olahraga pula kini dipikul oleh Harun Rashid.

Utusan

Comments

  1. tahniah pasukan sepak takraw malaysia, TAPI untuk berjaya secara keselurahan, TOLONG LAH MOHD FUTRA ABDUL GHANI (pemain regu pertama bernombor 5) BERUBAHLAH. jangan menjadi orang yang tidak bertamadun dengan mengejek dan merendahkan pihak lawan melalui 'bahasa badan'anda ataupun dengan mengelek-gelekkan bontot anda apabila pasukan anda mendapat point.
    Saya lebih rela pasukan malaysia kalah daripada membiarkan mata dunia melihat anda memburukkan imej malaysia .
    terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...