Skip to main content

Kita kempunan kejuaraan


beregu negara, Yew Hong Kheng-Ow Yao Han (paling kanan) bersama pemenang acara beregu lelaki pada kejohanan badminton Remaja Asia di Bukit Kiara, semalam.


KUALA LUMPUR - Pemain negara gagal mempamer prestasi memuaskan apabila gagal memenangi acara individu pada tiga aksi akhir kejohanan badminton Remaja Asia, semalam. Setelah kecewa akibat terlepas kejuaraan kepada China dalam acara berpasukan sebelum ini, pemain negara terus terkulai dalam acara individu.

Lebih malang, skuad negara yang sepatutnya mempunyai tiga wakil dalam perlawanan akhir individu, sebaliknya terpaksa menyertai dua acara sahaja.
Pasangan beregu campuran negara terpaksa menyerahkan kejuaraan tanpa beraksi setelah rakan Ow Yao Han, Lai Pei Jing tidak dapat turun ke gelanggang akibat kecederaan.

Ini memberikan kemenangan percuma buat lawan mereka dari China, Liu Cheng-Bao Yixin.

Dalam aksi akhir perseorangan lelaki, Loh Wei Sheng tersilap langkah apabila tunduk kepada pemain China, Huang Yuxiang.

Biarpun menang di set pertama 21-14, pemain kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu kalah pada dua set seterusnya 17-21, 16-21.

Harapan melihat pasangan beregu lelaki Yew Hong Kheng-Ow Yao Han untuk mencipta kejuaraan juga kecewa.


Seolah-olah hilang tumpuan, beregu negara itu tewas 16-21 dan 14-21 kepada pasangan Korea, Kang Ji Wook-Choi Seung Il.

Tahun lalu, Hong Kheng-Yao Han menundukkan pasangan Korea itu pada peringkat separuh akhir.
Walaupun kalah, Wei Sheng, berpuas hati dengan persembahan pada aksi semalam.

Katanya, cuma kegagalan menggunakan peluang menyebabkan dia tunduk kepada pemain lawannya dari China.

"Pada set kedua, kami terikat 17-17, dan dia mula mendapat keyakinan dan mengubah rentak perlawanan menjadi semakin pantas.

"Namun, saya tetap berpuas hati dengan pencapaian pada kejohanan.

''Kini saya mahu menumpukan tumpuan perhatian pada kejohanan Remaja Dunia di Mexico, bulan depan,'' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...