Skip to main content

Laluan mudah menanti Malaysia


KOK CHI (kanan) melakukan cabutan pada majlis undian Kejohanan Bola Tampar Remaja Perempuan Bawah 18 Asia di Bukit Jalil semalam.


LALUAN mudah menanti skuad bola tampar wanita negara pada Kejoha- nan Bola Tampar Remaja Perempuan Bawah 18 Asia edisi kelapan Mei depan.

Dalam undian Kumpulan A semalam, skuad bimbingan Moh Wung Ming itu akan membuka tirai dengan menentang pasukan jiran, Singapura pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Badminton Cheras itu pada 20 hingga 28 Mei depan.

Selain Singapura, satu lagi pasukan yang mengisi kumpulan yang sama ialah Kazakhstan.
Jurulatih negara, Wung Ming jelas berpuas hati apabila anak-anak buahnya memulakan cabaran dengan berdepan Singapura.

Katanya, ini sekali gus memberi peluang untuk melangkah sekurang- kurangnya ke peringkat suku akhir.
"Kita pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Singapura dan tewas 2-3 tetapi saya hanya menurunkan pemain Bawah 16 dan bukan skuad utama.

"Malah saya mengenali kekuatan pemain Singapura secara terperinci kerana pernah berkhidmat di sana," kata Wung Ming selepas sidang media di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.


"Saya yakin kita mempunyai kemampuan menjinakkan Singapura serta mencerahkan laluan untuk berada di kalangan lapan pasukan terbaik.

"Semua pemain negara kini sedang menjalani latihan di Sibu memandangkan sebahagian besar anggota skuad ini berasal dari Sarawak.

"Saya juga dalam proses pemilihan 14 pemain terakhir sebelum 15 April depan," katanya lagi.
Sejumlah 13 pasukan telah menge- sahkan penyertaan pada kejohanan itu termasuk beberapa pasukan pilihan seperti Jepun, China, Thailand dan Korea.

Pasukan-pasukan lain terdiri dari- pada Taiwan, Australia, Vietnam, India, Iran dan New Zealand manakala Indonesia dan Filipina pula menarik diri daripada menyertai kejohanan kali ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Setiausaha Kehormat, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi; Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Datuk Lee Jian Xian dan wakil dari Per- sekutuan Bola Tampar Asia (AVC), Shanrit Wongprassat.

Sementara itu, Presiden MAVA, Jian Xian berkata, tiga pasukan terbaik akan mewakili benua Asia pada kejohanan dunia bawah 18 tahun pada 2011.

"Selain itu, juara kejohanan ini juga berpeluang mewakili Asia pada Sukan Olimpik Remaja pada Ogos depan," kata Jian Xian.

Mengulas mengenai pemilihan Malaysia selaku tuan rumah, beliau mengucapkan terima kasih kepada AVC kerana memberikan kepercayaan sekali lagi buat Malaysia selepas penganjuran Kejohanan Bola Tampar Bawah 19 pada tahun 2007.

"Diharapkan pengelolaan kejohanan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya di samping mampu menarik remaja meminati sukan bola tampar," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...