Skip to main content

Mesyuarat agung PSM timbulkan tanda tanya


Datuk Ahmad Ismail


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih menimbang keputusan sama ada mahu meneruskan atau tidak mesyuarat agung pemilihan badan induk itu bagi penggal 2010 hingga 2013 di Petaling Jaya, Ahad ini.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail (gambar) berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan mengenai mesyuarat tersebut selepas ada pihak yang dikatakan cuba mencemar- kan imej PSM.
Katanya, pihak terbabit juga bakal membuat permohonan injuksi di mahkamah untuk menghalang PSM daripada meneruskan mesyuarat itu.

"Saya akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat sama ada mahu meneruskan ataupun membatalkan (mesyuarat agung PSM).

"Ini kerana, ada pihak mempertikaikan keputusan PSM untuk menggunakan perlembagaan lama pada mesyuarat agung pemilihan itu," katanya kepada Kosmo! semalam.


Menurut Ahmad, pihak terbabit mendakwa mesyuarat agung yang akan dilangsungkan itu tidak sah kerana PSM menggunakan perlembagaan baru yang belum diluluskan Pesuruhjaya Sukan.

Jelasnya, PSM menggunakan perlembagaan baru untuk menjemput perwakilan tetapi tetap menggunakan perlembagaan lama pada mesyuarat agung pemilihan itu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, beliau yang akan mempertahankan jawatan selaku presiden PSM untuk penggal ketiga berturut- turut tidak bimbang dicabar oleh mana-mana pihak.

Setakat ini, Ahmad menjadi calon tunggal untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, ada kemungkinan beliau akan dicabar oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohamad Nor Abdul Rahim.

"Saya tidak takut untuk bertanding kerana saya mengamalkan demokrasi. Apa yang saya harapkan ialah pertandingan secara sihat dan jangan ada sesiapa mencemarkan imej PSM," kata Ahmad.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahaya pula berkata, persia- pan untuk mesyuarat agung pemilihan itu berjalan lancar.

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...