Skip to main content

PSM guna perlembagaan baru


AHMAD (kanan) berhasrat untuk mengadakan AGM pada hari sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Persatuan Sepak Takraw Malaysia pada 25 Jun depan.


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menggunakan perlembagaan baru pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk sepak takraw negara itu.

Bagaimanapun, tarikh sebenar AGM itu belum ditetapkan kerana perlembagaan baru tersebut perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan.

Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail berkata, perkara itu dipersetujui sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi PSM yang bermesyuarat di Petaling Jaya, kelmarin.


"Tarikh baru AGM akan ditentukan oleh jawatankuasa exco PSM dalam masa terdekat di mana 27 Jun merupakan hari terakhir untuk mengadakannya.

"Pada 25 Jun nanti, PSM akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 dan besar kemungkinan, AGM itu akan diadakan pada tarikh ini," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Menurut Ahmad, PSM juga akan mengadakan proses pencalonan baru bagi memilih barisan kepimpinan persatuan itu termasuk jawatan presiden bagi penggal 2010-2013.

Katanya, semua persatuan negeri dan ahli gabungan akan diberikan borang pencalonan baru untuk bertanding bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan empat kerusi naib presiden.

Pada proses pencalonan awal bulan lalu, Ahmad berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2010-2013 selepas borang pencalonan pencabar beliau dari Kuala Lumpur dan Selangor ditolak atas alasan tidak mendapat sokongan anggota gabungan lain.

Keputusan itu telah menimbulkan kontroversi dan pihak terbabit dikatakan mahu menggunakan injuksi mahkamah bagi menghalang proses pemilihan yang sepatutnya diadakan semalam.

Namun, jawatankuasa exco PSM mengambil keputusan menangguhkan AGM itu demi kebaikan ahli gabungan, sekali gus mengelak berlaku perpecahan dalam pentadbiran mereka.

Mengulas lanjut mengenai sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan PSM, Ahmad berkata, satu karnival sukan sepak takraw akan diadakan pada hari tersebut.

"Selain mengadakan ekspo dan pameran, kami juga bercadang untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bersama musuh tradisi, Thailand.

"Kita akan menjemput beberapa pemain legenda dari kedua-dua negara untuk memeriahkan upacara tersebut," katanya.

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...