Skip to main content

PSM terpaksa tangguh AGM


AHMAD ISMAIL


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akhirnya terpaksa menangguhkan mesyuarat agung tahunannya (AGM).

Sebelum ini, PSM dijadual mengadakan AGM untuk memilih jawatankuasa baru bagi penggal 2010 hingga 2013 di Petaling Jaya esok.

Namun, disebabkan terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan sanggup menggunakan injuksi mahkamah bagi menghalang proses pemilihan tersebut, PSM telah menangguhkan AGM itu demi kebaikan ahli gabungan mereka.

"AGM PSM yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini (esok) terpaksa ditangguhkan dahulu sehingga kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian," kata Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail pada sidang akhbar di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

"Saya sedih kerana masih ada individu atau pihak lain yang suka sangat merosakkan agenda dan imej PSM sejak zaman Tan Sri Khir Johari lagi.

"Oleh sebab itu, demi menjaga ahli gabungan dan nama baik PSM, kami sebulat suara bersetuju menangguhkan seketika AGM," katanya lagi.


Begitupun, Ahmad menjelaskan bahawa Mesyuarat Tertinggi (MT) PSM yang dijadualkan berlangsung malam ini di Petaling Jaya akan tetap diteruskan.

"MT PSM akan tetap dijalankan pada malam esok (malam ini) dan agenda utama yang dibincangkan nanti ialah mengenai perlembagaan mana yang akan dipakai pada sesi pemilihan jawatan bagi penggal 2010 hingga 2013.

"Saya ingin jelaskan bahawa PSM menggunakan perlembagaan baru untuk menjemput perwakilan sahaja tetapi tetap menggunakan perlembagaan lama pada AGM pemilihan itu nanti," kata Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, beliau yang akan mempertahankan jawatan selaku presiden PSM bagi peng- gal ketiga berturut-turut bersedia dicabar mana-mana pihak pada pemilihan itu nanti.

Bagaimanapun, beliau berharap tiada perpecahan dan persengketaan tercetus akibat polemik yang dicipta indi- vidu tertentu.

"Jangan paksa MT mengambil tindakan ke atas indi- vidu terbabit. MT boleh mengenakan tindakan disiplin tetapi kami juga sedar tentang jasanya kepada PSM dan sukan takraw kita.

"Kalau tidak setuju, kita berbincang cara baik, tidak elok melibatkan mahkamah kerana ia menunjukkan perpecahan dan sikap berpuak- puak dalam PSM.

"Kalau individu ini teruskan juga (untuk melibatkan hal ini ke mahkamah), kami akan mengambil tindakan disiplin ke atasnya," kata Ahmad.

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...