Skip to main content

Qabil sasar pingat emas Sukan Asia

KUALA LUMPUR 22 Mac — Selepas meraih hanya satu perak dan satu gangsa pada Sukan Asia di Doha, Qatar, penunggang ekuestrian elit negara Qabil Ambak Mahamad Fathil kini mensasarkan pingat emas pada Sukan Asia di Guangzhou, China November ini.

Qabil yang akan bertanding dalam kategori “Show Jumping” dan “Dressage” di Guangzhou berkata beliau kini membuat persediaan rapi dan akan menyertai pelbagai kejohanan di dalam dan luar negara.

"Saya berharap akan menyandang gelaran juara Show Jumping Piala Dunia yang akan di adakan di Geneva, Switzerland pada 14 hingga 18 April depan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.



Sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran di Guangzhou nanti, jaguh ekuestrian negara itu akan menjalani latihan di Kelab 3Q Ekuestrian di Kuang dan di Eropah selama tiga bulan, serta bertanding di lima kejohanan tempatan.

Qabil berkata, beliau juga akan menyertai Kejohanan Premier Cup 2010 yang bakal berlangsung di Putrajaya pada bulan Mei dan Julai serta Terbuka Malaysia, Masters Merdeka dan 3Q Classic di Kelab 3Q Ekuestrian, Kuang.

Qabil akan dilatih oleh jurulatihnya dan penunggang Olimpik Belanda Wim Schroeder dan akan menunggang kuda kegemarannya, ”Amadeus Van De Boswinning” dan ”Parvina” bagi mengharungi semua kejohanan tahun ini.

Penungggang kuda negara berusia 30 tahun yang akan bertolak ke Eropah pada Ogos ini juga akan menggunakan khidmat jurulatih Lars Bak Anderson dari Denmark. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...