Skip to main content

Syarikat korporat diminta taja pelumba basikal


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta syarikat korporat, khususnya di Terengganu menaja pelumba basikal tempatan yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Katanya, sokongan penajaan daripada syarikat tempatan perlu bagi mengurangkan pergantungan atlit kepada dana kerajaan semata-mata dalam usaha menyemarakkan kemajuan sukan lumba basikal negara yang kini semakin menonjol di persada antarabangsa.

Beliau berkata, ramai jaguh lumba basikal negara seperti Mohd Azizulhasni Awang dan Anuar Manan yang berjaya mencatat kejayaan cemerlang dalam pelbagai perlumbaan dunia, justeru syarikat swasta di negeri ini perlu lebih prihatin dan turut mengambil bahagian menaja mereka.


“Menerusi penajaan, syarikat tempatan dapat mempromosi syarikat masing-masing ke peringkat antarabangsa apabila jaguh lumba basikal kita memperagakan logo atau jenama produk syarikat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Majlis Kurnia Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasek di Chukai, Terengganu, semalam, kelmarin.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, beliau tidak menafikan ada syarikat korporat atau swasta di negeri ini yang melakukan pelbagai program khidmat sosial seperti memberikan sumbangan kepada sekolah dan PIBG, tetapi setakat ini tiada sebarang tajaan diberikan terhadap jaguh sukan seperti lumba basikal. BHarian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...