SETELAH berjaya mencungkil nama-nama besar dalam sukan bola sepak tanah air, kini Kelab Rekreasi Hulu Klang (UKRC) terus berada di landasan terbaik bagi membangunkan sukan terulung di dunia itu menerusi program pada peringkat akar umbi.
Sebagai contoh, legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk M. Chandran, Khalid Ali dan Wong Choon Wah – bakat mereka dicungkil menerusi pro- gram yang dijalankan oleh UK- RC.
Dengan tujuan utama penubu- han UKRC adalah untuk menyediakan pusat bagi menjalankan aktiviti rekreasi penduduk setempat, kini kelab tersebut boleh berbangga dengan kejayaan yang dilakar itu.
Berdiri teguh dengan sokongan penuh penduduk setempat, UKRC dilihat benar-benar serius dalam melahirkan bakat-bakat baru bagi diketengahkan dalam sukan bola sepak.
Sejak penubuhannya pada 1957, UKRC tidak pernah ketan- dusan gagal dalam melahirkan bakat-bakat muda yang dilihat mempunyai masa depan cerah dalam bola sepak.
Bak kata pepatah: ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’, UKRC tidak jemu mendidik anak-anak muda untuk mendalami ilmu bola sepak menerusi Akademi Bola Sepak Remaja UKRC.
Menurut Presiden UKRC, Andrew Gopal, penubuhan akademi tersebut adalah merupakan salah satu tanggungjawab sosial pihaknya dalam membantu memartabatkan sukan bola sepak negara.
“Kami sentiasa serius terhadap setiap program yang kami lakukan terutamanya dengan penubuhan Akademi Bola Sepak UKRC ini.
“Disebabkan itu, melalui program tersebut sehingga kini UKRC telah melahirkan ramai bakat muda yang sudah terbukti kualiti mereka dalam sukan bola sepak.
|
|
“Program ini bukan untuk jangka masa pendek tetapi merupakan satu wawasan pembangunan bola sepak yang berterusan.
“Disebabkan itu, ia menuntut satu pengorbanan besar bagi setiap pihak yang terlibat,” jelas Andrew kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Disebabkan UKRC lebih mementingkan program pada peringkat akar umbi, penubuhan akademi tersebut lebih kepada memberi ‘ilmu’ kepada golongan kanak-kanak dan remaja.
Di akademi UKRC, asas dalam bola sepak akan diberikan keutamaan seperti teknik mengawal bola yang betul, gaya sepakan, strategi perlawanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan tersebut.
Melalui penekanan yang diberikan itu, tidak hairanlah UKRC kini telah melahirkan ramai bakat baru yang telah mencipta nama, sama ada beraksi buat pasukan remaja negeri mahupun negara.
Pengurus Program Bola Sepak Remaja UKRC, Jeffrey Lau berkata, semua pelatih akan menjalani latihan pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu bermula pukul 3 petang sehingga 6 petang mana- kala hari Ahad dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
“Di akademi UKRC, kami membahagikan kepada empat peringkat kategori umur iaitu enam hingga lapan tahun, sembilan hingga 10 tahun, 11 hingga 12 tahun dan 12 tahun serta ke atas.
“Setiap kategori tersebut akan diberi pendedahan yang berbeza mengenai bola sepak agar ia bersesuaian dengan faktor umur setiap pelatih.
“Seperti kelab-kelab akademi bola sepak yang lain, UKRC turut mengenakan yuran sebanyak RM50 sebulan, namun itu semua adalah bagi kegunaan bayaran kepada juru- latih-jurulatih yang telah memberi tunjuk ajar kepada para pelatih,” katanya.
Tambah Jeffrey lagi, kehadiran jurulatih- jurulatih yang bertauliah dalam mengenda- likan program akademi bola sepak UKRC juga merupakan salah satu penyumbang kepada kejayaan akademi tersebut.
Seandainya ada pihak yang masih menganggap penubuhan akademi bola sepak UKRC ini adalah semata-semata hanya untuk mengaut keuntungan dan mengejar po- pulariti sahaja ternyata anggapan tersebut silap sama sekali.
|
|
Untuk rekod, pada tahun lepas, seramai empat pelatih daripada akademi UKRC telah diserap mewakili skuad bawah 12 tahun (B-12) Selangor dan juga Kuala Lumpur.
Mereka ialah Mohd. Nor Aiman (Kuala Lumpur), Faris Izzuddin (Kuala Lumpur), Mohd. Shahrul (Kuala Lumpur) dan Ikmal Hakim Mohd. Khairuddin (Selangor).
Ia sekali gus telah membuktikan bahawa usaha yang selama ini dijalankan oleh UK- RC telah membuahkan hasil.
“Kami sudah semestinya berasa bangga dengan pemilihan pemain-pemain daripada akademi UKRC yang berjaya menyarung jersi pasukan negeri masing-masing.
“Ini akan menjadi pendorong kepada kami untuk meneruskan program akademi ini bagi melahirkan lebih ramai lagi bakat- bakat muda yang berpotensi untuk dikete- ngahkan.
“Apa yang saya harapkan adalah kesung- guhan daripada para pelatih serta komitmen mereka ketika menjalani latihan agar mudah bagi kami untuk membentuk bakat- bakat muda ini bagi lebih berjaya pada masa akan datang,” tambah Jeffrey sete- rusnya.
Beliau memberitahu, melalui program akademi UKRC bagi kategori umur bawah 15 tahun, dua pelatih iaitu S. Tharvin Naidu, 14, dan J. Arvind, 15, telah dipilih untuk menuntut di Victoria Institution (VI), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, UKRC tidak hanya bergantung kepada akademi bola sepak tersebut sahaja, malah mereka juga telah me- ngambil pelbagai inisiatif dalam usaha untuk mengasah bakat-bakat muda.
Selain program akademi bola sepak, UK- RC turut memberi pendedahan kepada para pelatih mereka menyertai beberapa kejo- hanan peringkat remaja.
UKRC sendiri turut menganjurkan kejo- hanan bola sepak selain mengundang bebe- rapa pasukan akademi dari luar negara se- perti Singapura, Jepun, Australia, Thailand, Hong Kong dan Indonesia.
Terbaru, UKRC bakal menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Peringkat Umur Bawah 12 Tahun (B-12) pada 5 Jun depan di padang Akademi UKRC.
Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan 16 pasukan dari akademi bola sepak dari seluruh negara serta beberapa pasu- kan jemputan dari luar negara.
Selain menyediakan program bola sepak pada peringkat akar umbi, UKRC juga tidak ketinggalan menyediakan beberapa kemudahan untuk penduduk setempat beriadah.
Selain memiliki padang bola sepak yang diboleh dilabel ‘Kelas A’, UKRC turut mempunyai gelanggang bola keranjang, gimna- sium bagi kemudahan penduduk setempat menjalani aktiviti riadah.
Sudah mencecah usia 50 tahun penubu- hannya, pengiktirafan demi pengiktirafan terima diterima UKRC berikutan kejayaan program-program yang dijalankan selama ini.
UKRC terus mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi kelab rekreasi pertama di Malaysia menerima pengiktira- fan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mengendalikan Kursus Asas Pentadbiran Sukan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang bermula kelmarin dan akan berakhir hari ini.
“Kami berbangga dan terharu terhadap pengiktirafan yang diberikan oleh MOM kepada UKRC,” kata Andrew.
Oleh HELMI TALKAH
sukan@kosmo.com.my
Comments
Post a Comment