Skip to main content

Aksi simulasi berjaya

PERLAWANAN simulasi bagi Kejohanan Piala Thomas dan Uber dianggap berjaya memberi pengalaman kepada pemain terutamanya buat mereka yang kali pertama beraksi di kejohanan badminton berpasukan paling berprestij di dunia itu.
Dalam perlawanan itu skuad Piala Thomas negara menang 4-1 ke atas pasukan B negara, manakala skuad Piala Uber menang 5-0 ke atas pasukan B.
Datuk Lee Chong Wei mudah menundukkan Liew Darren 21-11, 21-14, Wong Choong Hann mengatasi Tan Chun Seang 21-15, 21-15 dan Muhd Hafiz Hashim menewaskan Chan Kwong Beng 21-9, 21-17.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula dicabar sengit Ong Soon Hock-Hoon Thien How sebelum menang 21-16, 23-21.

Fairuzizuan Tazari-Zakry Latif pula ditewaskan Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong 21-18, 15-21, 17-21.

Bagi ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky, kekalahan Fairuzizuan-Zakry bukan suatu yang membimbangkan kerana prestasi empat beregu negara itu agak setara.

“Kami sudah memilih Fairuzizuan-Zakry kerana mereka ada pengalaman di banyak kejohanan dan dalam Piala Thomas.

“Kekalahan malam ini (semalam) tidak bererti Hee Chun-Wee Kiong lebih baik daripada mereka kerana keempat beregu ini saling mengatasi antara satu sama lain. Tetapi pada peringkat antarabangsa, Fairuzizuan-Zakry lebih baik,” kata Rexy selepas perlawanan itu.


Dalam pada itu, skuad Piala Uber menang 5-0 ke atas pemain pelapis bagaimanapun mendapat perkhabaran buruk selepas Chin Eei Hui- Wong Pei Tty tidak diturunkan sebagai gandingan utama.

Sebaliknya, hanya Pei Tty diturunkan bergandingan dengan Lim Yin Loo kerana Eei Hui dikatakan mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, Eei Hui kemudiannya berkata dia hanya mengalami sakit perut dan tidak dapat beraksi semalam, meredakan sedikit rasa bimbang selepas Lydia Cheah dan Julia Wong didapati mengalami kecederaan lutut sehingga memaksa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar permohonan menukar pemain kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). HMETRO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...