Skip to main content

Chong Wei rayu jangan maki hamun


Ahmad Shabery Cheek beramah mesra dengan pemain-pemain badminton negara pada majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Sepuluh tahun lalu, ketika Malaysia kalah teruk dalam Kejohanan Piala Thomas di tempat sendiri, Datuk Lee Chong Wei duduk di kelilingi para penonton yang marah. Mereka menghamburkan kata-kata kesat terhadap skuad kebangsaan.

Selepas 10 tahun berlalu, kini tiba giliran Chong Wei pula mengambil alih tugas berat yang pernah digalas rakan-rakan senior, malah tanggungjawabnya lebih berat kerana bertindak sebagai perseorangan pertama.
Menjadikan memori hitam 10 tahun lalu semakin menebal, Chong Wei bakal beraksi di gelanggang yang sama yang menyaksikan Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Thomas 2000 - Stadium Putra, Bukit Jalil.

Pasukan negara, yang diketuai Wong Choong Hann dan beregu Choong Tan Fook-Lee Wan Wah ketika itu kalah 2-3 kepada Denmark dan Korea Selatan dalam saingan Kumpulan A.

Chong Wei mengakui, memori hitam 2000 tidak pernah terpadam dari ingatannya, namun ia tidak sesekali membuatkannya gentar apabila turun ke gelanggang yang sama pada 9-16 Mei ini.

"Ketika kali terakhir Piala Thomas diadakan di Malaysia, saya berada dalam skuad remaja. Saya masih ingat bagaimana penonton marah-marah selepas kita gagal melayakkan diri ke separuh akhir.

"Gerun juga kalau diingat kembali keadaan ketika itu, tetapi saya harap perkara tersebut tidak berulang lagi. Saya rayu rakyat Malaysia, sokonglah pasukan negara tidak kira ketika kami menang atau kalah.
"Untuk saya dan rakan-rakan, kami berjanji akan memberi yang terbaik dan termampu. Saya juga seperti anda semua, kalau boleh kami mahu menang dan kami akan cuba mencari keputusan membanggakan,'' kata Chong Wei selepas menghadiri sesi makan tengah hari bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Bukit Kiara, semalam.


Chong Wei, 28, yang dipilih sebagai kapten Piala Thomas negara juga percaya, tiada pasukan boleh dianggap pilihan pada kejohanan kali ini, termasuk China dan Indonesia.

Katanya, kekuatan antara empat pasukan utama - China, Indonesia, Malaysia serta Denmark adalah seimbang dan mana-mana daripada pasukan ini boleh membawa pulang kejuaraan.
"China agak seimbang perseorangan dan beregunya tetapi Indonesia, Malaysia dan Denmark juga begitu. Saya rasa, kekuatan semua pasukan ini hampir sama dan yang penting adalah semangat serta prestasi yang ditunjukkan pada hari sebenar kejohanan.

"Saya mempunyai keyakinan tinggi kepada rakan-rakan seperti Choong Hann, (Muhammad) Hafiz (Hashim), Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Fairuzizuan (Tazari)-Zakry (Latif), saya percaya saya mendapat sokongan yang cukup baik daripada mereka,'' kata Chong Wei.

Ketika ditanya apakah peranan sebagai perseorangan pertama yang digalas mampu memberi tekanan, Chong Wei menegaskan, dia sudah biasa memainkan peranan itu sejak enam tahun lalu.

"Saya telah beraksi dalam empat Piala Thomas, tiga daripadanya memerlukan saya bertindak sebagai perseorangan pertama, jadi saya tidak terlalu bimbang dengan tekanan.

"Dua tahun lalu, saya menang semua perlawanan di Jakarta, harap ia dapat diulangi kali ini, apatah lagi saya sering mempunyai rekod baik beraksi di negara sendiri,'' katanya lagi.

Malaysia akan memulakan cabaran dengan menentang pasukan kerdil, Nigeria pada 9 Mei, sebelum bertemu Jepun dalam saingan Kumpulan B, dua hari kemudian.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...