PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa.
"Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup.
"Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 2010 di sini hari ini.
Tiket bagi menyaksikan Piala Thomas, yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 9 hingga 16 Mei ini, berharga daripada RM28 hingga RM53 berdasarkan kedudukan tempat duduk. Bagi perlawanan akhir, harga bermula daripada RM53 hingga RM103. Golongan pelajar diberi diskaun dengan harga tiket harian serendah RM18.
"Piala Thomas memberi makna yang besar kepada negara. Kalau diberikan sumbangan RM100 dan RM200 (untuk membeli tiket menyaksikan Piala Thomas), ia terlalu kecil," katanya.
Menyatakan rakyat Malaysia seharusnya mencontohi rakyat negara lain jika sesuatu kejohanan besar diadakan di tempat mereka, Ahmad Shabery berkata: "Saya pergi ke Vancouver (Kanada) untuk menyaksikan Sukan Olimpik Musim Sejuk. Untuk masuk tengok majlis perasmian sahaja, mereka perlu bayar US$1,000. Bila tiket habis, mereka merayu supaya tiket dijual kepada mereka kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada sejarah."
Beliau berkata jika semangat seumpamanya ditunjukkan rakyat Malaysia dan walaupun ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemain, sokongan rakyat sebenarnya memberikan semangat berganda kepada pemain.
Mengenai Larian Ekiden, Ahmad Shabery berkata ia akan diadakan pada 16 Mei di Putrajaya, sebagai satu acara sempena Hari Belia Negara 2010 yang berlangsung di sini, dari 14 hingga 16 Mei.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 300 pasukan yang terdiri daripada lima peserta setiap pasukan, mengesahkan penyertaan.
"Sasaran saya 1,000 pasukan akan mengambil bahagian pada larian tersebut. Pada tahun lepas, sebanyak 420 pasukan telah mengambil bahagian," katanya.
-- BERNAMA

harga tiket bgtau. tp tempat nk bli tket xbgtau.
ReplyDeleteape jadah?? mcm mna nk bagi duit utk mnyokong ni?
xguna online ke nk book tiket?
rasa macam nak pergi tengok..sbbnya minat nak sokong..tapi bila tgk harga tiket, rasa macam "emm.patot la xramai yg xbole tgk"..bagi la discount sket untuk rakyat Malaysia kalau nak rakyat bg sokongan..bkn semua org berkemampuan..
ReplyDeleteeleh...cam la beli tiket USD1000 tu pakai duit sendiri
ReplyDeletekami beberapa rakyat malaysia yang berkhidmat untuk negara pun nak beri sokongan tetapi harga tiket dari permulaan sehingga akhir terlalu mahal: lebih kurang RM785 total price. Dengar-dengar kebanyakkan daripada penonton yang hadir adalah menerima sepecial pass(foc). Bekas pemain dan juga pemain negara ada yang tak dapat pass foc kerana cuma kawan2, sanak-saudara mara aje yang diberi keutamaan. Macam mana sukan kita nak maju kalau sentiasa mengamalkan politiking dalam sukan. Kami harap dapat diperbetulkan pentadbiran sukan negara kita kalau mahu berjaya. Kalau tidak telus Tuhan tidak akan menolong di atas kejayaan sukan negara kita selama-lamanya, walau apa pun jenis sukan.
ReplyDeletesetuju sgt
ReplyDeletebetul2 apa yg dikatakan ....tuhan tidak akan menolong di atas kejayaan sukan negara!!!..buang POLITIK dalam sukan!!! kalau harga tiket rm10-15 mcm tiket stadium bola...kompom ramai datang memberi sokongan!!!! gaji pemain badminton kan MSN bayar!!!
ReplyDeletewei...org negara luar pendapatan diorang tinggi...x mcm kat malaysia. dapat gaji buat byr hutang + sewa + makan minum tinggal brp sen je nak wat simpan. pada ak harga tiket thomas cup tetap mahal bg rakyat malaysia
ReplyDelete