Skip to main content

Henjutan McCann sukar dicabar


MALCOM mengangkat kedua-dua belah tangannya sebaik sahaja melintasi garisan penamat pada perlumbaan peringkat ketiga JM2010 dari Taiping ke Auto City, Juru semalam.


SEPERTI diramal, pelumba Giant Asia Racing, David McCann terus mempertahankan Jersi Kuning selepas berakhirnya peringkat ketiga Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2010 dari Taiping ke ke Auto City, Juru semalam.

McCann yang memenangi Jersi Kuning keseluruhan pada Kejohanan Lumba Basikal Piala Gabenor Melaka 2010 minggu lepas, mengekalkan kayuhan cemerlangnya pada saingan sejauh 126.1 kilometer semalam dengan melepasi garisan penamat dalam peloton pertama.

Pelumba sensasi Ireland itu mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan dengan catatan masa 12 jam, 08 minit dan 41 saat, 20 saat mengatasi pencabar terdekatnya, Takumi Beppu daripada Aisan Racing .
Menurut McCann, walaupun perlumbaan semalam meliputi jarak yang tidak begitu jauh berbanding dua peringkat terdahulu, namun dia lebih cenderung untuk menyimpan tenaga bagi menghadapi dua lagi saingan yang dilihat lebih mencabar pada hari ini dan esok.

"Perlumbaan hari ini sangat berbahaya kerana ramai pelumba yang membuat breakaway dan cuba mengatasi satu sama lain," kata McCann pada sidang akhbar semalam.


"Oleh itu saya hanya perlu berhati-hati selain memastikan saya tidak mengerah terlalu banyak tenaga kerana masih ada dua peringkat lagi selepas ini."

Pada saingan peringkat ketiga semalam, pelumba Medscheme, Lange Malcom muncul juara dengan catatan masa 2 jam, 59 minit dan 02 saat, sekali gus merampas Jersi Hijau bagi gelaran Raja Pecut daripada pelumba kebangsaan, Amir Mustafa Rusli.

Pelumba Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zamri Salleh muncul pelumba terbaik negara semalam apabila menduduki tempat ketiga di belakang McCann dan seorang lagi pelumba Medscheme, Arran Brown.
Jersi Merah Raja Bukit pula kekal menjadi milik pelumba Polygon Sweet Nice dari Indonesia, Matnur yang mengumpul lapan mata.

Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...