Skip to main content

Kejohanan Dunia uji kemampuan Mun Yee

KUALA LUMPUR - Atlet terjun negara, Leong Mun Yee (gambar) berharap dapat memperbaiki kedudukannya dalam ranking dunia dengan meletakkan pingat perak sebagai sasaran pada Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di China, Jun ini.

Atlet kelahiran Perak itu berkata, sasaran tersebut lebih realistik berbanding meletakkan harapan untuk memenangi emas memandangkan penerjun tuan rumah bakal menjadi penghalang.
''Saya rasa pingat perak memadai kerana pada Kejohanan Dunia ini atlet China cukup kuat dan bukan mudah untuk menyaingi kehebatan mereka,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Sukan Negara 2009 di sini, kelmarin.

Mun Yee memberitahu, selepas kejohanan tersebut, dia akan menumpukan perhatiannya pula pada Sukan Asia di Guangzhou, China dan Sukan Komanwel di New Delhi, India yang akan turut disertainya pada hujung tahun ini.

Menurutnya, peluang untuk memenangi pingat lebih terbuka di Sukan Asia berbanding Sukan Komanwel.
''Sukan Komanwel saya terpaksa bersaing dengan penerjun-penerjun handalan dunia dari Kanada, Australia dan England manakala Sukan Asia saingannya lebih bertumpu kepada peserta China.

''Jadi, saya berasakan peluang di Sukan Asia lebih cerah jika dibandingkan dengan Sukan Komanwel,'' ujarnya.

Mun Yee juga berharap dia dapat meraih pingat di Sukan Asia setelah mencubanya beberapa kali tetapi masih belum berhasil.

''Saya berharap kali ini, percubaan saya akan menghadirkan pingat buat diri saya dan juga negara,'' jelasnya.


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...