Skip to main content

KL Maraton 2010 Sasar Kutip RM1 Juta Untuk Lima Pertubuhan Kebajikan

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Acara Standard Chatered Kuala Lumpur Marathon pada 27 Jun ini mensasarkan kutipan RM1 juta di bawah slogan "Run For A Cause" untuk disalurkan kepada lima pertubuhan kebajikan.

Penasihat jawatankuasa penganjur Datuk Seri Dr Ibrahim Saad berkata hasil kutipan daripada larian ini akan dibahagikan kepada lima pertubuhan kebajikan iaitu Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia, Yayasan AIDS Malaysia, Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia, Yayasan Anak Warisan Alam dan Yayasan Amanah Standard Chartered.

Beliau berkata KL Maraton bukanlah satu acara sukan semata-mata, sebaliknya juga adalah platform bagi badan korporat dalam negara menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Khamis beliau berkata antara artis diundang bagi memeriahkan suasana acara kali ini adalah ialah A. Thanuja (Miss World/Malaysia), Fahrin Ahmad, Aishah Sinclair, Amy Mastura, Zainal Abidin.

Acara Maraton yang mendapat sokongan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menampilkan tujuh kategori yang terdiri daripada maraton penuh (kategori terbuka dan veteran), separa maraton (terbuka dan veteran), 10km (lelaki dan wanita), cabaran 10km korporat, 5km (Fun Run dan Family) serta Kid dash (3km and 850m).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.kl-marathon.com.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...