Skip to main content

Nicol jadi faktor penentu - SRAM

KUALA LUMPUR - Malaysia mahu sekurang-kurangnya membawa pulang tiga pingat emas pada Kejohanan Skuasy Asia yang akan berlangsung di Chennai, India bermula 1-8 Mei ini.

Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk A. Sani Karim (gambar) berkata, untuk mengulangi kejayaan pada 2008 di Kuwait dengan membawa pulang empat emas agak sukar, tetapi, sasaran tiga pingat emas mungkin lebih relevan.

''Bukan kita tidak yakin tetapi cabaran dalam saingan wanita sekarang semakin sengit lebih-lebih lagi lawan dari Hong Kong dan Pakistan mula menunjukkan peningkatan dalam permainan mereka sejak kebelakangan ini.

''Saya rasa sasaran dua atau tiga emas itu lebih relevan dan kalau dapat ulangi kejayaan gondol empat emas itu satu kejayaan besar buat kita,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis Anugerah Sukan Negara 2009 di sini, kelmarin.

Menurut A. Sani, skuad wanita amat bergantung kepada kekuatan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David dan kemenangannya dalam acara berpasukan menjadi faktor sama ada mereka mampu mengorak langkah lebih jauh atau sebaliknya.

Jelasnya, Hong Kong memiliki pasukan yang agak seimbang memandangkan kekuatan kesemua barisan pemain mereka boleh dikatakan hampir sama.

''Mereka memiliki pemain berpengalaman seperti Rebecca Chiu yang juga merupakan pilihan kedua kejohanan manakala pemain lain seperti Joey Chan, Annie Au dan Elise Ng mampu menghadirkan masalah buat skuad kebangsaan,'' ujarnya.


Namun begitu, beliau tetap menyuarakan keyakinannya terhadap kemampuan skuad wanita yang dibarisi Nicol, Delia Arnold, Sharon Wee dan Low Wee Wern bagi mempertahankan kejuaraan mereka.
Skuad wanita Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Iran dan Sri Lanka manakala pasukan lelaki negara pula bakal berentap dengan Korea serta Jepun.

Sementara itu, bagi saingan individu wanita, Nicol bakal menghadapi laluan mudah apabila dia akan turun menentang pemain China, Gu Jinyue pada pusingan pertama.

Rakan senagara, Sharon Wee yang merupakan pilihan 5/8 kejohanan akan menentang pemain Korea, Kim Ar Huyn manakala seorang lagi pemain wanita Malaysia, Low Wee Wern bakal bertemu pemain Sri Lanka, Gayara Jayasuriya.

Pemain pilihan 3/4, Delia Arnold pula akan turun beraksi menentang pemain Sri Lanka, Damindi Udangawa pada pusingan pertama.

Untuk saingan skuasy lelaki, Mohd. Azlan Iskandar yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan akan memulakan cabaran acara individu dengan bertemu pemain Iraq, Ali Shuhaib manakala rakan senagara, Ong Beng Hee bakal menentang pemain China, Shen Jiaqi.

Pemain muda negara, Mohd. Nafizwan yang diletakkan sebagai pilihan 5/8 bakal menentang pemain tuan rumah, Vrishab Kotian manakala seorang lagi pemain negara, Ivan Yuen akan bertemu pemain Singapura, Vivian Rhamanan.

Dalam pada itu, mengulas kejayaan Nicol yang dinobatkan sebagai olahragawati kebangsaan 2009, A. Sani memberitahu, anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan buat Nicol yang sudah pasti akan menyuntik semangat pemain kelahiran Pulau Pinang itu untuk terus mencipta kejayaan buat dirinya dan juga negara.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...