Skip to main content

Rabie Rangkul Gelaran Peringkat Kedua Jelajah Malaysia 2010

TAIPING, 28 April (Bernama) -- Pelumba pasukan Medscheme, Johann Rabie, muncul juara peringkat kedua Jelajah Malaysia 2010 dari Teluk Batik ke Taiping di sini Rabu.

Pelumba Afrika Selatan berusia 23 tahun itu menamatkan perlumbaan sejauh 205.2km itu dengan mencatat masa empat jam 49 minit dan 51 saat dengan melepasi garisan penamat dengan kelebihan tipis 0.03 saat.

Beliau dicabar sengit pada peringkat akhir perlumbaan oleh pelumba Ireland, David McCann dari pasukan Giant Asia Racing Team yang terpaksa mengakhiri saingan di tempat kedua.

Pelumba Australia, Mark O'Brien dari pasukan Le Tua, menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 4:50:05s.

Tiga pelumba tempatan menduduki dalam kelompok 10 pelumba terbaik dengan pelumba Terengganu Yusrizal Yusof di tempat kelima diikuti pelumba negara Amir Mustafa Rusli dan tempat ke-10 milik pelumba Le Tua, Adrian Chuah Wye Kit.

"Saya gembira dengan keputusan ini seperti dirancang. Terdapat tujuh pelumba di hadapan saya dan saya berpeluang melepasi diri dari kelompok itu," kata Rabie kepada pemberita selepas perlumbaan itu.

Selepas peringkat kedua, McCann merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan daripada pelumba Angkatan Tentera, Mohd Shahrul Mat Amin.

"Kejayaan merampas jersi kuning adalah baik pada hari ini. Saingan untuk mengekalkan jersi kuning belum muktamad sehingga jelajah berakhir.

"Jarak perlumbaan esok dan lusa adalah pendek dan berharap pasukan akan bekerja keras pada peringkat akhir," kata McCann.

Pelumba negara Amir Mustafa Rusli memenangi tiga jersi iaitu jersi hijau, selaku pendahulu kategori raja pecut, jersi putih (individu Asean) dan jersi biru, selaku pelumba Malaysia terbaik.

"Kami telah melakukan apa yang terbaik dan mungkin ada beberapa kesilapan yang harap dapat diatasi pada peringkat seterusnya," kata Amir Mustafa.

Pelumba Indonesia, Matnur dari pasukan Polygon Sweet Nice, mendapat jersi merah apabila mendahului kategori Raja Bukit dengan mengumpul lapan mata.

Dalam kategori berpasukan, Le Tua mendahului dengan catatan masa terkumpul 27 jam 40 minit dan 34 saat.

Peringkat ketiga esok akan bermula dari Taiping ke Juru Auto City di Pulau Pinang sejauh 126.1km.



-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...