Skip to main content

Wanita negara mampu lakar kejutan


SHABERY (duduk, tengah) bersama timbalannya, Datuk Razali Ibrahim (duduk, lima dari kanan) serta barisan jurulatih dan pemain negara melaungkan "Malaysia Boleh" pada majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur semalam.


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yakin skuad wanita negara mampu mencipta kejutan besar pada Kejohanan Badminton Piala Uber yang akan berlangsung dari 9 hingga 16 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, barisan pemain wanita negara mampu mengulangi kejayaan seperti mana ketika mereka memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Laos tahun lalu.

"Saya yakin skuad Piala Uber mampu ulangi kejayaan yang sama. Bukan sahaja mereka mampu sampai ke peringkat separuh akhir tetapi lebih daripada itu," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dan makan tengah hari bersama skuad Piala Thomas dan Uber negara di Kuala Lumpur semalam.
Pendapat Ahmad Shabery turut dipersetujui pengurus skuad Piala Thomas/Uber negara, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah.

"Ketika di Laos, tak sangka pemain wanita boleh mendapat emas, mengapa tidak dalam Piala Uber? Mereka cuma perlu cuba bersungguh-sungguh," kata Syed Abu Bakar.


Sementara itu, ketua skuad Piala Uber negara, Wong Pei Tty berkata, dia dan rakan-rakan menetapkan sasaran untuk menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir buat pertama kali walaupun sedar tugas itu sukar.
"Kita akan berjuang habis-habisan dan memberikan yang terbaik," katanya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama China dan Amerika Syarikat dan dilihat berpeluang untuk sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, kecederaan yang menimpa perseorangan kedua, Lydia Cheah dan perseorangan ketiga, Julia Wong sedikit sebanyak mengganggu percaturan awal skuad negara.

Masalah itu memaksa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar permohonan pertukaran pemain kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Selasa lalu.

Lydia yang menduduki ranking ke-63 dunia dijangka digantikan pemain pelapis yang berada di ranking ke-99, Sanatasah Saniru manakala Julia akan digantikan oleh pemain skuad remaja, Sonia Cheah.
Skuad Piala Uber negara turut dibarisi pemain perseorangan, Wong Mew Choo dan Tee Jing Yi, beregu Chin Eei Hui/Wing Pei Tty, Woon Khe Wei/Vivian Ho dan Goh Lui Ying/Ng Hui Lin.

Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...