Skip to main content

BAM cari jawapan atasi masalah pemain pelapis


KAMAL (kiri) menyampaikan replika penajaan kepada Mohamad Al-Amin pada majlis perasmian Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.


JIKA sebelum ini timbul persoalan mengenai masalah pemain pelapis badminton yang kurang menonjol di pentas antarabangsa, ia mungkin akan terjawab dalam masa terdekat.
Perkara tersebut disuarakan sendiri oleh Pengurus Besar Persatuan Badminton Malay- sia (BAM), Kenny Goh yang menjelaskan bahawa ia akan dibentangkan selepas mesyuarat post-mortem berikutan kegagalan skuad negara menjulang Piala Thomas baru- baru ini.

Sebelum ini, banyak pihak telah memper- soalkan mengenai kelemahan BAM melaksa- nakan program peringkat akar umbi dalam usaha melahirkan pemain pelapis yang berbakat untuk diketengahkan pada saingan peringkat antarabangsa termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
"Buat masa ini, kami sedang meneliti dan mengenal pasti punca sebenar masalah yang dibangkitkan ini kerana post-mortem masih lagi dijalankan.

"Tidak dinafikan, banyak pihak ketika ini tertanya-tanya mengapa pemain pelapis yang ada gagal menyerlah apabila dinaikkan selaku pemain senior kerana ada di antara mereka pernah muncul juara peringkat remaja dunia.

"Apa yang dapat kita lakukan ketika ini ada- lah menunggu laporan post-mortem tersebut," jelas Kenny pada sesi sidang media Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan BAM, Datuk Ir. Mohamad Al- Amin Abdul Majid berkata, Malaysia sebenar- nya telah melahirkan ramai pemain pelapis yang menyinar antaranya Jeremy Gan, Chan Choong Ming, Tan Boon Heong dan Koo Kien Kiat.

"Saya melihat kita tidak menghadapi masalah dalam melahirkan pemain-pemain beregu yang hebat, namun sesuatu yang perlu difikirkan oleh pihak persatuan adalah mengenai kekurangan pemain perseorangan.
"Ini penting agar kita dapat mencari pengganti yang setaraf dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei kerana dia sudah pastinya akan bersara juga suatu hari nanti."

Turut hadir Pengurus Komunikasi Korpo- rat 100Plus, F&N Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun


Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...