Skip to main content

Bola sepak tiada ‘layanan istimewa’

Skuad Rajagopal belum pasti dibiayai atau tanggung sendiri untuk ke Sukan Asia

WALAUPUN menamatkan kemarau 20 tahun negara memenangi pingat emas di Sukan Sea Laos, skuad bola sepak negara tetap tidak akan mendapat ‘layanan istimewa’ ketika Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bermesyuarat bagi menentukan atlit yang layak beraksi di Sukan Asia Guangzhou, selama tiga hari bermula Isnin ini.

Skuad bimbingan K Rajagopal yang dipilih sebagai Pasukan Kebangsaan Terbaik pada malam Anugerah Sukan Negara, baru-baru ini susulan kejayaan memenangi emas itu kemungkinan besar dibenarkan beraksi pada temasya terbesar Asia itu

Tetapi, persoalan yang timbul adakah mereka layak diberi keistimewaan beraksi atas tiket Kategori A - dibiayai sepenuhnya - atau Kategori B - membiayai sendiri penyertaan - susulan daripada kejayaan manis yang dilakarkan itu

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, mengakui kejayaan skuad bola sepak melakar kejutan dengan meraih emas di Laos memang sesuatu yang istimewa dan mendapat pujian ramai.

“Saya tidak mahu mendahului jawatankuasa pemilihan tetapi realiti yang kita harus akui pentas Sukan Sea dan Sukan Asia adalah berbeza,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

“Jadi, biar jawatankuasa pemilihan dipengerusikan Presiden MOM (Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar) meneliti kes yang akan dibentangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum membuat keputusan,” katanya.

Tanpa diletakkan harapan tinggi dan hampir tersingkir di peringkat kumpulan, skuad bola sepak negara melakukan kejutan apabila menewaskan Vietnam 1-0 pada final di Laos sekali gus menamatkan kemarau memenangi emas selama 20 tahun



BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...