Skip to main content

Final Badminton Remaja mulai esok


Mohamad Al-Amin Abdul Majid (kanan) bersalam dengan Pengurus Komunikasi Korporat 100PLUS F&N Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun pada majlis tajaan di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Pemain badminton remaja bakal berkampung di Kuatan bagi mengharungi Kejohanan Grand Final Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS yang akan diadakan di Dewan Persatuan Badminton Pahang, mula esok hingga 30 Mei ini. 

Aksi Grand Final ini amat penting kerana pegawai dan panel pemilihan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memantau prestasi pemain dan melihat potensi pemain bagi memastikan tempat dalam skuad badminton remaja negara.

Naib Presiden BAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Ir. Mohamad Al-Amin Abdul Majid berkata, bakat pemain akan dicungkil melalui kejohanan tersebut.

Katanya, ia merupakan program pembangunan BAM.
"Kejohanan ini adalah batu loncatan buat pemain remaja, untuk memperagakan bakat mereka seterusnya cemerlang dalam kejohanan ini yang telah memasuki peringkat Grand Final selepas dua sirkit awal untuk tiga zon yang berlainan, ," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jelasnya, seramai 340 pemain layak beraksi dalam kategori Bawah 12, 14, 16 dan dan 18.
"Melihat kepada dua sirkit sebelum ini Grand Final, saya rasa objektif yang telah kami tetapkan hampir tercapai, rata-rata pemain adalah pelajar sekolah dan kejohanan ini sangat penting buat pemain remaja.
"Inilah gelanggang penentu sebelum mereka terpilih menyertai skuad remaja kebangsaan seterusnya berpeluang beraksi di peringkat Asia dan Dunia," katanya.

Dua sirkit awal sebelum ini ia terbahagi kepada tiga zon.
Zon A terbahagi kepada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan.
Zon B pula merangkumi Johor, Pahang, Melak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur manakala Zon C di Sabah dan Sarawak.

Ditanya mengenai peluang pemain remaja untuk menjadi pemain sehebat Datuk Lee Chong Wei, Mohamed Al-Amin berkata, terpulang kepada jurulatih untuk memutuskan bila masa terbaik mendedahkan pemain remaja di peringkat antarabangsa.

"Pemain remaja mempunyai banyak peluang untuk membuktikan mereka mampu menjadi pemain hebat dengan didedahkan dalam kejohanan seperti Remaja Asia, Remaja Dunia, Siri Emas dan Satelit.
"Kita tidak boleh terus menghantar pemain remaja beraksi di kejohanan Siri Super.

''Biar mereka menimba pengalaman di kejohanan lain yang setanding dengan usia mereka terlebih dahulu," katanya.


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...