Skip to main content

Hindari ambil dadah - Mohd. Khalil


Mohd. Khalil Yaakub (dua dari kiri) berbual dengan pengurus dan jurulatih Sukma kontinjen Melaka sambil diperhatikan Mohd. Ali Rustam (kiri) pada majlis perjumpaan khas di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA - Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob mengingatkan setiap atlet yang mewakili Melaka, agar tidak menggunakan dadah terlarang semata-mata ingin merealisasikan sasaran 60 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII, yang akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini.
Menurut beliau, adalah perkara yang memalukan jika ada di antara atlet dari negeri ini yang didapati positif mengambil dadah terlarang, semata-mata mahu memastikan pingat emas menjadi milik mereka.
''Saya nak ingatkan semua pihak dari atasan hingga ke bawah ,perkara yang paling memalukan jika berlaku atlet didapati positif mengambil dadah. Nanti orang kata Melaka main tipu kerana nak menang.
''Saya tidak mahu ada atlet bertindak macam itu, hanya kerana mereka memikirkan Melaka nak menang 60 pingat emas hingga sanggup mengambil makanan atau vitamin haram mengandungi dadah terlarang.
''Jika ini terjadi, ini adalah perkara yang paling memalukan buat Melaka kerana kerajaan negeri sudah berusaha keras membawa Sukma diadakan di negeri ini, dengan perbelanjaan dikeluarkan," katanya.
Mohd. Khalil berucap pada Majlis Perjumpaan dan jamuan makan tengahari bersama pengurus dan jurulatih kontinjen Sukma XIII di Botanikal Cafe, Ayer Keroh di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Kontinjen Sukma Melaka, Hasan Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Warisan Negeri, Datuk Md. Yunos Husin.
Temasya Sukma ke-13 tinggal 15 hari akan berlangsung dari 10 hingga 19 Jun ini, mempertandingkan 33 jenis sukan dengan penyertaan sebanyak 15 pasukan termasuk Brunei sebagai pasukan jemputan.


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...