Skip to main content

Larian baton Sukma disambut meriah


MOHD. Ali Rustam bersama penduduk, atlet serta pegawai memeriahkan promosi Sukan Malaysia pada Majlis Larian Baton Sukan Malaysia XIII di DUN Bukit Baru, semalam. - utusan/Gaie UCHEL


MELAKA - Lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum menyertai Larian Baton Sukan Malaysia (Sukma) XIII yang bermula di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), semalam.
Larian sejauh 23 kilometer bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru itu diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Larian tersebut, yang menjelajah kesemua 28 DUN bertujuan mempromosikan Sukma XIII dan mula dilancarkan Mohd. Ali pada 28 Februari lalu bermula di DUN Kuala Linggi.
Ia dijangka berakhir di DUN Paya Rumput pada 12 Jun depan, iaitu hari perasmian Sukma di Stadium Hang Jebat.
"Saya harap orang ramai, terutamanya anak jati Melaka akan sentiasa bersemangat sepanjang masa bukan sahaja sehingga hari pertama Sukma, malah sehingga berakhirnya sukan itu, kita perlu terus beri sokongan.
"Melaka ada 800,000 penduduk dan jumlah yang sama juga perlu keluar beri sokongan untuk menunjukkan kebanggaan kita menjadi tuan rumah," kata Mohd. Ali.
Pada temasya kali ini, Melaka selaku tuan rumah membariskan 759 atlet dan pegawai untuk menyertai semua 33 acara sukan.
Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, beliau berharap momentum sokongan rakyat terhadap Sukma XIII akan bertambah agresif memandangkan cuma tinggal 18 hari lagi untuk menyambut temasya dwi tahunan itu.
Bertemakan Harmoni dan Cemerlang, Perpaduan Remaja Melalui Sukan, Sukma XIII akan bermula dari 10 Jun hingga 19 Jun melibatkan 15 kontinjen termasuk Brunei.


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...