Skip to main content

Lihat dulu kemampuan


Shabery Cheek


“LIHAT dulu kemampuan diri sebelum mengemukakan sebarang cadangan atau janji-janji manis melibatkan pemberian insentif yang akhirnya boleh memakan diri sendiri.”

Itu teguran terbuka Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai hasrat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengkaji semula pemberian elaun kepada pemain mengikut ranking dunia.
“Saya tidak mahu BAM membuat pelbagai janji yang sebenarnya tidak mampu dilaksanakan dan akhirnya memberi beban kepada mereka.

“Sebagai contoh tahun lalu, BAM berjanji untuk memberikan elaun kepada pemain yang berada di kedudukan ranking dunia tetapi tidak mampu melaksanakannya.
“Akhirnya ia diselesaikan oleh kerajaan, peruntukan sebanyak RM2 juta digunakan untuk membayar hutang dan bonus pemain yang dijanjikan,” katanya.

Kelmarin akhbar tempatan melaporkan, BAM disaran untuk mengkaji semula elaun dengan mengubahnya untuk diberi kepada pemain yang berjaya memenangi kejohanan besar sahaja.
Shabery turut menegaskan bahawa pemberian insentif seharusnya tidak menjadi isu kerana ia boleh menjejaskan semangat pemain negara.


“Apabila satu-satu janji itu tidak dapat ditunaikan, dan pemain mula mengharapkannya, ia mungkin akan menjejaskan semangat mereka.
“Persatuan perlu berusaha untuk mengotakan janji mereka dengan mencari penaja dan tidak mengharapkan kerajaan yang akhirnya terpaksa menggunakan duit rakyat untuk ‘membayar’ segala janji itu,” ujarnya.
Mengulas keadaan BAM yang dihambat pelbagai kontroversi dan masalah ketika ini, Shabery menafikan bahawa persatuan itu berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, beliau yakin BAM mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana ia bukan kali pertama mereka berdepan dengan situasi seperti ini.

“BAM merupakan persatuan kelas dunia yang banyak melahirkan jaguh disegani di pentas dunia. Saya anggap ini adalah cabaran yang perlu mereka lalui,” ujarnya.

Shabery juga memberitahu bahawa pihaknya yakin terdapat agenda tersembunyi yang mendorong gesaan jawatankuasa BAM dirombak segera.

“Saya percaya ada isu tersembunyi di sebalik penyerahan memorandum menggesa rombakan BAM oleh badan NGO itu tetapi pihak saya tidak memainkan peranan kerana ini adalah urusan persatuan.
“Selesaikan secara baik mengikut peraturan berdasarkan perlembagaan yang ada di dalam persatuan,” tegasnya.

Oleh NOOR AKMAR ABDUL FATAH dan SUHANA MD. YUSOP
sukan@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...