Skip to main content

'Media bukan punca kita kalah'


MISBUN (kanan) menenangkan Wong Choong Hann selepas dia tewas kepada pemain China pada pusingan separuh akhir Piala Thomas baru-baru ini.


JURULATIH perseorangan lelaki, Datuk Misbun Sidek menolak dakwaan bahawa media sebagai punca kegaga- lan skuad badminton negara pada kempen Piala Thomas baru-baru ini.
Menurutnya, dakwaan media menjadi punca kekalahan skuad negara adalah tidak benar sama sekali dan merupakan pandangan yang cetek.
"Saya amat menghargai dan mengalu-alukan laporan yang dibuat oleh wartawan dan tidak wajar menuding jari kepada mana-mana pihak ataupun pemain sendiri.
"Saya juga tidak salahkan pemain, sebaliknya kita kena akur dengan kekalahan ini kerana China memiliki segala kekuatan dan sebenarnya bukan rezeki kita untuk merampas Piala Thomas pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup program Kem Badminton bersama Kelab Nusa Mahsuri anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri Melaka di Kompleks Sukan Ayer Keroh, Melaka semalam.
Majlis penutup berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman.
Program yang diadakan selama dua hari itu dikendali- kan oleh Misbun bersama adiknya, Rahman dan pemain perseorangan, Roslin Ha- shim.
Misbun berkata, semua pemain mesti akur dengan kekalahan tersebut bukan kerana persiapan dan latihan tidak mencukupi, namun China cukup ampuh dan unggul untuk ditewaskan.
"Dakwaan persiapan dan latihan tidak mencukupi juga tidak benar. Pada saya, pemain telah memberikan sepenuh tenaga dan berjuang habis-habisan tetapi hakikat yang perlu diterima ialah China memang terlalu hebat dan berada di kemuncaknya," katanya.
Pada kempen piala Thomas lalu, Malaysia menang percuma 5-0 ke atas Nigeria tetapi tewas 2-3 kepada Jepun di peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, mereka bangkit untuk menundukkan Denmark 3-2 pada pusingan suku akhir sebelum tewas 0-3 kepada China dalam aksi separuh akhir.


Oleh ROSLI HASSAN
rosli@kosmo.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...