CADANGAN beberapa persatuan sukan kombat supaya pengadil dan juri luar negara diambil bagi mengadili pertandingan pada Sukan Malaysia (Sukma) Melaka dari 10 sehingga 19 Jun ini ditolak Majlis Sukan Negara (MSN).
Pengarah Pengurusan Acara MSN, Abdul Jalil Abdullah, berkata cadangan itu timbul selepas acara seni mempertahankan diri seperti silat, karate dan taekwondo kerap menimbulkan kesangsian serta kontroversi pada temasya itu sebelum ini
Itu antara cadangan yang ditimbulkan persatuan sukan berkenaan bagi mengatasi masalah mutu pengadilan berat sebelah serta sering rasa tidak puas hati di kalangan pasukan bertanding
Selepas mengkaji cadangan itu, kita menolaknya kerana selain perlu menanggung kos tambahan, kita juga berpendapat Sukma adalah peluang terbaik kepada pengadil dan juri tempatan menimba pengalaman,” katanya.
Abdul Jalil yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sukma di Melaka, semalam bagaimanapun memberi jaminan hanya pengadil dan juri bertauliah akan diberi tanggungjawab mengadili pertandingan bagi memastikan ia berjalan lancar sekali gus mengelakkan meletusnya kontroversi.
“Sebelum ini, terdapat beberapa kes jurulatih menjadi pengadil dan kita tidak membenarkan ia berlaku lagi kerana pasti menimbulkan kontroversi sekiranya mereka mengadili pertandingan yang membabitkan bekas atlit dan pasukannya,” katanya
BHARIAN

Comments
Post a Comment