Skip to main content

Salahkan media pandangan cetek

MELAKA - Jurulatih badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek berkata, pemain yang menyalahkan media sebagai punca kegagalan mereka pada Piala Thomas berfikiran cetek.
Jurulatih perseorangan negara itu menegaskan, media memainkan peranan yang amat besar dalam menobatkan sukan badminton sejak dari dulu hingga sekarang.

Katanya, tanpa ada peranan yang dimainkan media tidak mungkin Malaysia mampu berada pada kedudukan terbaik di ranking dunia.

Malah beliau turut menafikan, bahawa media antara punca pasukan Malaysia tersingkir pada separuh akhir Piala Thomas selepas kalah 0-3 kepada China, sekali gus gagal merampas Piala Thomas selepas 18 tahun.
"Tanggapan media menjadi punca kekalahan skuad negara adalah tidak benar sama sekali. Itu merupakan pandangan yang cetek kerana saya amat menghargai dan mengalu-alukan laporan yang dibuat oleh wartawan.
"Tidak wajar menuding jari kepada mana-mana pihak ataupun pemain sendiri. Saya juga tidak salahkan pemain saya sebaliknya kita kena akur dengan kekalahan ini kerana China memiliki segala kekuatan dan sebenarnya bukan rezeki kita tahun ini untuk merampas Piala Thomas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup program Kem Badminton bersama Kelab Nusa Mahsuri anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri Melaka di Kompleks Sukan Ayer Keroh, semalam.
Majlis penutup telah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman.

Program yang diadakan selama dua hari itu dikendalikan oleh Misbun bersama adiknya, Rahman dan bekas pemain kebangsaan, Roslin Hashim.

Kata Misbun lagi, semua pemain mesti akur dengan kekalahan kepada China dan ia bukan disebabkan latihan yang tidak mencukupi tetapi lawan sememangnya terlalu ampuh dan unggul untuk ditewaskan.
"Dakwaan persiapan dan latihan tidak mencukupi adalah tidak benar. Pada saya, pemain telah memberikan sepenuh tenaga dan berjuang habis-habisan tetapi hakikat yang perlu diterima ialah China memang terlalu hebat dan berada kemuncaknya," ujarnya.

Skuad badminton negara gagal melangkah ke perlawanan akhir apabila tewas 0-3 kepada China, manakala skuad Piala Uber pula disekat oleh Indonesia di peringkat suku akhir tewas juga dengan keputusan 0-3.
Buat Misbun, kegagalan tersebut sepatutnya menjadi pengajaran dan pelajaran terbaik buat semua pihak.
Beliau tidak menafikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus memberikan tumpuan kepada melahirkan lebih ramai pemain remaja sebagai pelapis sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas yang akan datang.

Bagi tujuan tersebut beliau berkata, Kelab Nusa Mahsuri akan mengorak langkah membantu BAM untuk mencungkil bakat-bakat baru khususnya pemain berpontensi di Melaka.

"Melaka akan menjadi hub bagi zon Selatan untuk Kelab Nusa Mahsuri mencungkil bakat-bakal baru kerana di sini banyak kemudahan yang mampu disediakan oleh kerajaan negeri," ujarnya.


Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...