Skip to main content

Saya akan teliti isu – Ahmad Shabery


Ahmad Shabery Cheek mencuba alat senaman di gimnasium Fitness First dekat Subang Jaya, semalam.


SUBANG JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan meneliti terlebih dahulu isu kegagalan Malaysia dipilih sebagai penganjur Kejohanan Siri Super Premier.

Beliau berkata, penjelasan daripada pihak yang berkenaan perlu didengar untuk mendapatkan penerangan lanjut berhubung perkara tersebut.

‘‘Ini satu berita yang baru saya dengar. Ia bergantung juga kepada organisasi terlibat dan saya perlu selidik isu ini terlebih dahulu sebelum memutuskan bentuk tindakan yang boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan gimnasium Fitness First Platinum di Empire Subang yang turut dihadiri Pengarah Urusan Fitness First Malaysia, Shaun Measday di sini, semalam.

Sabtu lalu, Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) telah memutuskan hanya Terbuka Korea Selatan, Indonesia, China, Denmark dan All England disenaraikan sebagai tuan rumah Siri Super Premier, iaitu kejohanan badminton bertaraf Grand Slam seperti dalam sukan tenis.

Keputusan itu mungkin menyebabkan nama-nama besar dalam sukan badminton dunia tidak lagi menjejakkan kaki ke Malaysia.

Malah, Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Ir. Mohamad Al-Amin Abdul Majid, berkata, keputusan itu dibuat oleh BWF dan BAM tidak mempunyai kuasa menentukannya.
Sementara itu, mengulas mengenai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menghantar memorandum bagi menggesa kepimpinan di dalam BAM dibubarkan, Ahmad Shabery memberitahu, tindakan itu bukan merupakan langkah terbaik bagi mengatasi kegagalan skuad kebangsaan dalam Piala Thomas.

‘‘Kita tidak boleh terus menghukum BAM kerana kegagalan ini melibatkan banyak faktor. Saya berpendapat BAM perlu mempunyai satu perancangan untuk memastikan pembangunan sukan badminton dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan tersusun,” tegasnya.

Menurut beliau, kekuatan mental pemain juga perlu dikaji di mana peranan Institut Sukan Negara (ISN) amat diperlukan bagi meneliti secara terperinci kelemahan yang ada dalam diri pemain-pemain badminton negara.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery turut menyambut baik hasrat Fitness First untuk berganding bahu dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantu atlet-atlet kebangsaan yang terlibat dalam program Road To London 2012.

‘‘Saya menyokong penuh hasrat Fitness First ini untuk membantu atlet kebangsaan bagi menjalani latihan kecergasan tanpa terlalu bergantung kepada fasiliti yang disediakan oleh KBS, lebih-lebih lagi kemudahan yang ada di pusat mereka juga amat lengkap,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berbincang dengan Fitness First bagi memastikan hasrat tersebut dapat direalisasikan


Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...