Skip to main content

Subkhiddin sudah bersedia

Cipta sejarah jadi pengadil bola sepak Malaysia pertama adili Piala Dunia

SAYA sudah bersedia! Itulah pengakuan Subkhiddin Mohd Salleh - pengadil bola sepak Malaysia yang mencipta sejarah menjadi pengadil pertama yang akan mengadili perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai ini.

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang dan penghormatan ini. Walaupun cabaran berat kerana menjadi tumpuan dunia tetapi saya harap rakyat terus mendoakan kecemerlangan saya demi mengharumkan nama negara,” katanya yang akan berlepas ke Afrika Selatan, Selasa ini


Guru Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Nibong Tebal adalah antara empat pengadil di Asia yang tergolong dalam kelompok 30 pengadil dari 28 negara yang terpilih oleh Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa)

Sebelum ini, dua pengadil negara terpilih ke Piala Dunia iaitu Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid pada Piala Dunia 1998 di Perancis, dan Mat Lazim Awang Hamat (Piala Dunia 2002 di Jepun dan Korea Selatan) tetapi hanya sebagai pembantu pengadil.

Menceritakan perasaan sebaik mendapat berita mengenai pemilihannya, Subkhiddin, 44, mengakui terperanjat dan gementar kerana perlu memikul tanggungjawab besar yang menjadi perhatian dunia.

“Sebenarnya, saya berharap menjadi pengadil pada Piala Dunia 2006 tetapi bukan rezeki saya walaupun saya sudah memasuki peringkat akhir pemilihan. Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana terpilih kali ini,” katanya.

Pengadil kelahiran Bagan Ajam, Pulau Pinang itu bagaimanapun enggan bercerita panjang mengenai pemilihannya kerana terikat kepada syarat yang ditetapkan oleh Fifa


BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...